Selepas 45 tahun memegang jawatan dalam politik, bermula pada tahun 1967 selepas Nik Abdul Aziz dicalonkan PAS dalam Pilihan Raya Kecil, bertanding di kerusi Parlimen Kelantan Hilir, desakan itu kedengaran semakin kuat.
Malah setelah hampir 22 tahun memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz yang pernah mengkritik kepimpinan Ustaz Asri Muda sehingga memaksa Ustaz Asri meletakkan jawatan, kini juga menghadapi isu yang sama - kepimpinan.
Ternyata Nik Abdul Aziz dilihat sesetengah pemerhati sebagai tidak lagi releven berada dalam arena politik, apatah lagi tempohnya berada dalam politik ternyata lebih panjang dari mana-mana ahli politik di Malaysia. Memetik kata-kata Dr. Hasan Ali (sila klik di sini)

"Saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam PAS dan menjadikan PAS terus berdarjat dan bermartabat sebagai “custodian” kepada perjuangan Islam, TGNA perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah.
"Sudah sampai masanya bagi TGNA untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan PAS samada benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja PAS sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan PAS itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.
"Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau."
Kini sudah masanya Nik Abdul Aziz berundur dan memberi ruang kepada muka-muka baru untuk mengetuai PAS, apatah lagi kedengaran Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din disebut-sebut sebagai individu yang paling layak ketika ini.
Malah Haron Din juga didakwa sebagai calon pilihan untuk mengisi kekosongan Nik Abdul Aziz selepas mengosongkan jawatan sedia ada.
Sebenarnya jika diperhatikan, dalam usia sebegini dan dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan, Nik Abdul Aziz seharusnya memberi ruang kepada pemimpin lain untuk menonjol dalam parti, sebaliknya dominasi Nik Abdul Aziz yang telah terlalu lama dalam kepimpinan PAS akhirnya akan menyebabkan kepimpinan baru dalam parti itu semakin tumpul dan tumpul.
Nik Abdul Aziz harus memikirkan bahawa perjuangannya untuk menegakkan Islam tidak semestinya memerlukan dia berada dalam arena politik. Nik Abdul Aziz boleh meneruskan agenda-agendanya dalam banyak cara tanpa keperluan politik.

Mengapa hari ini Nik Abdul Aziz mengatakan bahawa dengan kuasa sahaja Islam ini mampu ditegakkan sedangkan 45 tahun yang lalu, Nik Abdul Azizi (ketika itu cuma bergelar ustaz) mampu menjadi pendakwah bebas dan mengajar antara madrasah ke madrasah?
Jika diimbas kembali sejarah politik Nik Abdul Aziz, apakah bezanya dengan pemimpin politik yang lain? Budaya Cah Keting, nepotisme, kronisme dan amalan-amalan Syubhah telah menjadi asam garam ahli politik veteren ini.

Tindakan Nik Abdul Aziz yang menghentam kepimpinan Ustaz Asri Muda (presiden PAS ketika itu) sehingga memaksa Ustaz Asri meletakkan jawatan adalah budaya yang kini dianggap "taboo" pula olehnya sendiri. Kenapa semasa dia bergelar ahli politik muda, dia boleh sahaja mengkritik kepimpinan sesiapa sahaja kerana masalah kepimpinan tetapi kini apabila dia menghadapi masalah kepimpinan, dia menganggap kritikan terhadapnya tidak wajar?
Malah jika dikaji, sebilangan pemimpin PAS yang dikritik hebatnya akhirnya meletakkan jawatan dalam parti semata-mata lebih mengutamakan kepentingan parti.
Malah jika dikaji, sebilangan pemimpin PAS yang dikritik hebatnya akhirnya meletakkan jawatan dalam parti semata-mata lebih mengutamakan kepentingan parti.
Namun apabila dia dikritik, dia mati-matian mempertahankan soal kepimpinan dan jawatan yang disandangnya. Adakah Nik Abdul Aziz terlalu mencintai jawatannya sehingga sanggup mengetepikan perjuangan Islam?
Seharusnya kini Nik Abdul Aziz bermuhasabah diri dan bersedia untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya akan datang memandangkan usianya yang terlalu lanjut, kepimpinannya yang semakin dipersoalkan, malah kelihatan sebilangan ahli PAS semakin hilang hormat kepadanya.

Sementara masih ada sisa hormat terhadap dirinya, lebih baik untuk Nik Abdul Aziz berundur dari arena politik, sebelum Nik Abdul Aziz dijatuhkan oleh golongan pimpinan muda PAS.
Apatah lagi fokus PAS kini kelihatan jelas hanya ingin mengejar kuasa dan pangkat dunia sehingga memaksa parti itu tunduk kepada sebuah parti anti-Islam, anti-Melayu dan cauvinis.
SUMBER: inigoblogpolitik
Wak Canang