Mana lori-lori 'kompaktor' yang dijanjikan oleh Pakatan Haram yang kononnya mampu selesaikan masalah kutipan sampah yang berlambak-lambak itu? Menurut Ronnie Liu, Exco haprak Pakatan Haram itu berjanji lori-lori akan tiba pada bulan Jun yang lepas. Namun hingga kini tidak nampak batang hidung dan tiada langsung tanda-tanda kehadiran lori itu di Selangor!
Penulis yang kebetulan melalui kawasan di Seksyen 7 pagi tadi terkejut dengan lambakan sampah yang membusuk tanpa pembelaan. Air sampah yang melelah sangat menjijikkan. Orang-ramai yang lalu lalang terpaksa menutup hidung mengelak bau busuk yang amat sangat.
Penulis ingatkan keadaan di Shah Alam akan bertambah baik selepas Pakatan Haram mengambil alih di Selangor. Namun yang berlaku adalah sebaliknya.
Sudah empat tahun rakyat di Shah Alam hidup merana. Rumah urut tumbuh macam cendawan lepas hujan, Hotel bajet bersepah-sepah, arak dijual berleluasa, pendek kata majoriti rakyat di Shah Alam tidak lagi bangga tinggal di Shah Alam.
Itulah hakikatnya selepas diperintah oleh Pakatan Haram!
mimr