@KHALIDSAMAD TIDAK LAYAK JADI MP SHAH ALAM!!! RUMAH URUT BARU DI SEKSYEN 15!!!

Monday, 15 October 20120 comments

Rumah urut baru dibuku! No 17-1, Jalan Tunku P15/P, Seksyen 15, 40200 Shah Alam.

Satu demi satu bala turun ke bumi Shah Alam! Penulis rasakan dengan pendedahan lambakan rumah urut di Shah Alam sebelum ini akan menyedarkan Pakatan Haram.

Nampaknya Penulis gagal!

Ternyata perjuangan Amal Makruf, Nahi Mungkar tidak mendapat tempat dan perhatian kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Haram!

Paling tidak hadkan kewujudan rumah urut itu!

Ingat, Shah Alam diwakili oleh Khalid Samad dari PAS, parti paling Islam dalam sejarah tamadun manusia.

Penulis yakin, jika pakatan haram terus diberi mandat memerintah negeri Selangor pada PRU-13, tidak mustahil rumah urut dan pusat maksiat terus berleluasa dan tidak terkawal lagi.

Terbaru! Sebuah rumah urut baru dibuka di Seksyen 15 bersebelahan dengan Kompleks Automobil Shah Alam yang hanya 1km dari pusat pentadbiran kerajaan Selangor.

Yang menariknya, rumah urut ini turut menawarkan khidmat urut batin atau seks serendah RM50 sahaja.

Apa dosa penduduk di Shah Alam sehingga menerima bala sedemikian rupa? Adakah mungkin kesilapan dahulu angkara undi Khalid Samad?

Penulis yakin, warga Shah Alam pasti bersetuju bahawa Khalid Samad tidak layak menjadi pemimpin kita!

Khalid Samad hanya mahu berkuasa! Khalid Samad tidak berminat untuk membantu dan membela nasib rakyat di Shah Alam!

Penulis ingin ingatkan kepada warga Shah Alam janganlah sesekali mengulangi kesilapan dahulu. Jadikan pengajaran dan teladan agar kita membuat keputusan yang tepat pada PRU-13.

Ingat 'rumah urut', teringat Khalid Samad!





mimr

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger