KHALID LEGA HUJAN LEBAT DI SELANGOR!!!

Monday 22 October 20120 comments




SHAH ALAM - Kerajaan negeri dalam satu kenyataan hari ini memberitahu bahawa berlaku peningkatan takungan air di Empangan Sungai Selangor sebanyak 127.49 juta meter padu yang menyumbang 60 peratus bekalan air di sekitar Lembah Klang.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum ini dilihat agak keberatan untuk memberitahu bahawa kolam tadahan tersebut mengalami penyusutan, kini mampu menarik nafas lega akibat purata jumlah hujan yang meningkat akhir ini.

"Saya berpuas hati dengan peningkatan takungan air di Empangan Sungai Selangor yang telah meningkat kepada 55.43 peratus iaitu sebanyak 127.49 juta meter padu setakat hari ini," memetik kenyataan media.

Khalid turut tidak melepaskan peluang mendakwa Barisan Nasional (BN) Selangor sengaja menimbulkan ketakutan kepada penduduk di Lembah Klang khususnya tentang paras air di empangan itu.

"Saya menggesa semua ahli politik terutamanya pihak pembangkang di Selangor supaya berhenti membuat kenyataan-kenyataan mengelirukan mengenai isu air termasuk kedudukan paras takungan di empangan.

"Kenyataan mengelirukan dan tidak benar ini seolah-olah memperlekehkan kerja keras kakitangan kerajaan yang selama ini bertungkus lumus untuk memastikan bekalan air mentah mencukupi," katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Empangan Sungai Selangor merosot teruk dari bacaan 217.35 juta meter jatuh kepada paras bacaan 199.7 juta meter, jika perkara ini berterusan akan memberi kesan besar terhadap loji rawatan air yang merawat sumber air mentah dari empangan ini.

Manakala Sungai Tinggi pula sekarang berada di paras 54.94 juta meter, juga mengalami kemerosotan takungan air berbanding bacaan pada 2 Julai lalu ialah 58.7 juta meter.

Hanya empangan Sungai Semenyih sahaja yang menunjukkan peningkatan daripada 95.61 juta meter kepada paras maksima 111 juta meter. Baki 4 empangan lain juga berlaku penurunan paras bacaan tapi tidaklah terlalu ketara.



mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger