IKLAN SEKS CEMAR BANDARAYA SHAH ALAM!!! TAHNIAH @KHALIDSAMAD

Thursday 18 October 20120 comments








SHAH ALAM - Taktik penjual ubat kuat memancing orang ramai supaya membeli barangan itu daripada mereka tidak pernah padam dan terbaru iklan mendakwa ubat itu ‘halal, ubat lelaki, ada lesen’ terus digantung di merata tempat sekitar bandaraya Shah Alam, di sini, dalam usaha mereka mencari pelanggan.

Iklan haram yang boleh dikategorikan sebagai ‘iklan seks’ itu digantung pada batang pokok mahupun tiang lampu bagaikan mahu menghiasi pemandangan di sekitar bandaraya.

Tinjauan penulis mendapati iklan itu bukan saja mengelirukan, tetapi juga memberi imej tidak baik kepada masyarakat terutama kanak-kanak ketika melalui kawasan itu bersama keluarga.

Penduduk, Mohd Fariz, 30, berkata, beliau berasa malu setiap kali melalui jalan berkenaan bersama anaknya yang masih kecil.

“Saya berasa malu apabila anak saya berusia 5 tahun bertanya untuk apa ubat kuat itu. Ketika itu, saya hanya mendiamkan diri dan menukar topik perbualan kerana berasa malu untuk menjawab soalannya.

“Saya hanya mengandaikan kanak-kanak dalam proses pembelajaran dan iklan itu menarik perhatiannya,” katanya sambil berharap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengenakan tindakan tegas kepada pengiklan haram yang menampal iklan tidak senonoh itu.

Seorang lagi penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Hashim, 27, berkata, sebagai individu yang belum berkahwin, dia berasa malu apabila iklan berunsur seks sewenang-wenangnya ditampal dan menjadi tontonan umum.

“Demi keuntungan, mereka yang tidak bertanggungjawab sesuka hati menampal iklan jenis ini di merata tempat.

“Saya berpendapat sensitiviti masyarakat perlu diutamakan kerana perkara seperti itu tak manis dipandang dan budaya kita tidak menerima perkara seperti ini untuk dijadikan tontonan masyarakat,” katanya.

Penulis yang menghubungi dua nombor telefon ejen produk kuat berkenaan diberitahu, iklan seks itu tidak mempunyai premis jualan, sebaliknya ia hanya dijual melalui wakil ejen.

“Saya menjual produk ini di sekitar kawasan Klang dan Shah Alam. Jika mahu boleh tempah daripada saya.

“Ada dua jenis ubat. Paling baik dan memang terbukti berkesan ialah N300. Boleh dapat dengan harga RM100 untuk 200 biji,” kata lelaki berkenaan.


mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger