HARIMAU MUDA KE FINAL!!!

Saturday 20 October 20120 comments

Syahrul Azwar jaring gol kemenangan Harimau Muda dalam saingan separuh akhir bertemu Thailand di Stadium Pleiku, Gia Lai, Vietnam petang semalam.


Kuala Lumpur: Harimau Muda melakar sejarah tersendiri apabila buat pertama kali berjaya mara ke final kejohanan jemputan B-21 Thanh Nien, Piala Newspaper 2012 selepas menundukkan Thailand 1-0 pada separuh akhir di Stadium Pleiku, Gia Lai, Vietnam petang semalam.

Selepas deretan peluang keemasan dipersiakan sepanjang babak pertama, gol kemenangan Harimau Muda terhasil pada minit ke-53 selepas Syahrul Azwari Ibrahim menyudahkan dengan baik hantaran lintang Ahmad Hazwan Bakri.

“Ini satu kejayaan cukup baik memandangkan kami ke sini tanpa beberapa tonggak utama bersama skuad kebangsaan. Tahniah kepada pemain kerana kesungguhan mereka tetapi misi belum selesai. Kerjasama sepasukan yang membawa kami ke final,” kata jurulatih, Ong Kim Swee ketika dihubungi di Vietnam, malam tadi.

Harimau Muda bakal berdepan tuan rumah Vietnam pada final, esok selepas juara bertahan itu menyingkirkan Sydney FC pada satu lagi separuh akhir.

Sejak menyertai kejohanan jemputan itu pada edisi kedua penganjurannya pada 2008, pencapaian terbaik skuad negara ialah menduduki tempat keempat pada 2010, selebihnya kandas di peringkat kumpulan. - BH


mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger