HARAMJADAH!!! KERAJAAN SELANGOR RAMPAS TANAH RAKYAT TANPA BELAS KASIHAN!!!

Tuesday, 23 October 20120 comments


Pulau Carey adalah sebuah pulau yang terkenal dengan kebudayaan masyarakat kaum asli terutama kaum Mah Meri.

Kelapa sawit merupakan industri utama dengan penanaman hampir 3/4 di atas muka bumi pulau ini.

Aman damai dan tenteram dapat digambarkan suasana di pulau yang turut menempatkan Kompleks Kampung Budaya Masyarakat Asli suku kaum Mah Meri, sebuah pusat pelancongan yang baru dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim sekitar tahun 2011.

Ketenangan ini walau bagaimana pun tidak akan berkekalan.

Pulau yang turut menempatkan sekitar 3,000 ekar tanah milik Yayasan Selangor ini bakal dirobek ketenangannya.

Semenjak kerajaan negeri Selangor diperintah oleh pakatan PKR, DAP dan PAS berbagai agenda bertujuan merompak hasil rakyat telah dilakukan. Ini berlaku terutamanya bila Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki kerusi penasihat ekonomi kerajaan negeri.

Yayasan Selangor dikenal-pasti antara 'lubuk' harta yang akan di fara'idh kan sesama pemimpin pakatan di negeri tersebut melalui kroni-kroninya.

3,000 Ekar Tanah Pajakan dirampas semula



Kelmarin, satu laporan polis telah dilakukan oleh Ismail b. Abd Rahman, pengurus ladang kepada dua buah syarikat iaitu AGRO SEGAR SDN BHD dan ALAF GIGIH SDN BHD.

AGRO dan ALAF telah menduduki tanah kepunyaan Yayasan Selangor ini secara sah atas perjanjian pajakan yang termeterai antara kedua-dua syarikat tersebut dengan Yayasan bagi tempoh selama 25 tahun.

Dalam laporan polis yang dibuatnya, Ismail dengan terang lagi jelas menamakan Ilham (Ilham bin Marzuki), pengurus besar Yayasan Selangor sebagai pihak yang telah menceroboh dan seterusnya merampas serta mengusir pihak AGRO dan ALAF dari tanah yang mereka duduki secara sah atas perjanjian pajakan terdahulu.

Perjanjian pajakan tersebut difahami adalah bagi membolehkan AGRO dan ALAF menjalankan perniagaan penanaman kelapa sawit bagi mendapatkan hasil dengan keuntungan dibahagi bersama mengikut terma dan syarat yang dipersetujui.

Rampasan 'ala samseng' oleh Yayasan Selangor

Apa yang mengecewakan Ismail, kaedah Ilham Marzuki dan konco-konconya bertindak seperti 'samseng jalanan' yang menghalau sewenang-wenangnya para pekerja AGRO dan ALAF.

Walau atas apa alasan sekali pun, Ismail berpendapat perkara ini haruslah diselesaikan secara profesional dengan mengambil kira kaedah perundangan, mahkamah dan sebagainya.

Mengibaratkan Ilham Marzuki seperti 'samseng' yang mengguna-pakai undang-undang rimba, Ismail merasakan perbuatan yang dilakukan oleh pihak Yayasan Selangor ini adalah satu tindakan kurang ajar dan ia tidak menggambarkan langsung apa yang dilaung-laungkan oleh Menteri Besar YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai profesional, telus dan ikhlas dalam membantu rakyat negeri Selanggor.

"Smelling Rotten Fish & Monkey Business"




Dalam satu siasatan yang TMS lakukan baru-baru ini, Yayasan Selangor sebenarnya telah melakukan perancangan awal bagi merampas semula tanah-tanah di bawah pegangan mereka termasuklah tanah di Pulau Carey tersebut.

Ini bagi membolehkan kepentingan-kepentingan pihak tertentu mengambil alih dan seterusnya merampok hasil dari apa-apa transaksi yang boleh dilakukan di atas aset-aset bernilai tinggi kepunyaan Yayasan Selangor.

Yayasan Selangor terus menjadi 'lubuk' bagi pihak tertentu di sebalik laporan audit negara yang menegur keras kaedah perbelanjaan mereka baru-baru ini.



Adakah menteri besar sendiri terlibat dan yang paling utama, adakah penasihat ekonomi kerajaan negeri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim turut terlibat secara langsung mahu pun tidak dalam kegiatan 'merampok' aset-aset berkepentingan Yayasan Selangor ini seperti juga sebidang tanah yang baru-baru ini digembar-gemburkan bakal diberi kepada exco pelancongan dan kebudayaan negeri Selangor iaitu YB Elizabeth Wong?

bersambung...

SUMBER: teamediaselangor 

mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger