Sambil menunggu detik perlawanan akhir yang akan berlangsung pada jam 8.45 malam ini, sebahagian penyokong Kelantan dan ATM sedang beristirehat di sekitar kawasan tempat letak kereta sambil menikmati makanan tengah hari. Selain itu, kedengaran juga tiupan vuvuzela di kalangan penyokong Kelantan.
Seorang penyokong The Red Warriors, Amir Ramli, 24, berkata, mereka menjangka keputusan malam ini berpihak kepada Kelantan.
"Kami yakin Kelantan akan membenam ATM dengan jaringan gol 2-1 sekali gus membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu," katanya.
Seorang lagi penyokong Kelantan, Mohd Ramli Yazid, 32, turut melahirkan rasa keyakinan yang sama iaitu pasukan Kijang mampu menjuarai Piala Malaysia setelah gagal tahun lepas.
"Insya-ALLAH, pemain Kelantan akan melakukan aksi yang terbaik untuk tidak menghampakan para penyokong yang membanjiri stadium malam ini," kata beliau sambil melaungkan slogan "Gomo Kelate Gomo".
mimr