"Jangan perjudikan masa depan rakyat dan negara," demikian menurut Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika Wacana Sinar Harian Bajet 2012 di Kompleks Media Karangkraf semalam.
Katanya, Pakatan hanya membentangkan belanjawan yang merujuk kepada sesuatu subjek semata-mata tanpa mengambil kira aspek keperluan rakyat dalam senario ekonomi yang lebih meluas.
Tambahnya, Pakatan mengambil tindakan berani apabila cuba untuk menghapuskan tol yang bakal merugikan negara hampir RM6 bilion, yang mana jumlah ini perlu dilihat secara serius kerana boleh mengancam kedudukan ekonomi negara.
"Jumlah besar itu yang harus kita lihat. Jangan bermain dengan kata-kata. Jangan perjudikan masa depan negara dan rakyat ini. Sebab kalau saya tengok dari hujah rakan saya pihak pembangkang, mereka cuma memilih satu dua dan tidak keseluruhan senario ekonomi dalam bajet mereka.
"Pakatan perlu bersikap lebih realistik dan lebih bertanggungjawab dalam membentangkan bajet mereka.
"Apa yang saya perhatikan, mereka hanya memfokuskan beberapa perkara pokok saja seperti penghapusan tol, adakah mereka mampu memberi subsidi minyak kepada rakyat?," katanya.
Justeru, beliau berharap agar Pakatan dapat memperincikan semula belanjawan tersebut bagi mengelakkan negara menghadapi masalah pada masa akan datang.
Kata Rahman lagi, bajet yang dibentangkan kerajaan jauh lebih realistik dan yakin mampu mengubah keadaan ekonomi negara.
Kerajaan sebelum ini telah membentangkan bajet 2013 yang bakal dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat apabila golongan muda, golongan pertengahan, pelajar, nelayan, orang kurang upaya dan lain-lain mendapat bantuan secara menyeluruh.

mimr