ANWAR BERANG SIRI JELAJAH DI SELANGOR KENA SABOTAJ!!!

Monday, 22 October 20120 comments

LUCU..Khalid Ibrahim dalam ucapannya menasihati rakyat supaya tidak perlu risau, hujan yang turun akan memenuhkan semula empangan-empangan di Selangor yang hampir kering kontang.

Hujan rahmat yang turun membasahi bumi Selangor semalam ternyata bukan rahmat buat Anwar Ibrahim. Ini kerana, hujan lebat yang turun telah menggagalkan misi Anwar untuk menipu rakyat dengan siri ceramah pembohongannya melalui 'Program Jelajah Merdeka' yang diadakan semalam.

Mana tidaknya, rata-rata lokasi siri ceramah Anwar hanya dihadiri tidak sampai 100 orang. Sambutan hambar oleh rakyat Selangor pasti mengecewakan pihak penganjur yang menjangkakan program siri jelajah itu bakal mendapat sambutan hangat dan ribuan rakyat pasti hadir.

Ternyata jangkaan mereka meleset! Kehadiran Anwar dan 'otai-otai' Pakatan Haram sebagai penceramah tidak mampu membawa gelombang seperti sebelum ini.

Walaubagaimanapun, penulis mengkagumi sebahagian penyokong tegar Anwar yang sanggup berhujan mendengar amanat kelentong dari Anwar dan rakan-rakannya.

Yang pasti, penulis yakin bahawa rakyat Selangor sudah sedar dan tidak mahu diperbodohkan lagi. Rakyat sendiri sudah merasai bagaimana mereka dizalimi sejak Selangor diperintah Pakatan Haram.

Isu rumah urut yang tumbuh bagai cendawan di Selangor, masalah kutipan sampah yang tidak konsisten dan banyak lagi masalah-masalah timbul sejak Selangor diperintah Pakatan Haram sudah tentu menjadi mimpi ngeri dan tidak akan dilupakan oleh rakyat Selangor.

Anwar dalam ceramahnya sekali lagi mengulangi 'skrip lama' untuk memancing rakyat.

"Hari ini kita tawan Putrajaya, besok harga minyak turun. PTPTN kita hapuskan, hutang tak perlu bayar. Kami juga akan turunkan harga kereta. Itu janji kami untuk rakyat!," katanya di hadapan mangsa-mangsa penipuannya semalam.

Masakan rakyat terlalu bodoh untuk percaya janji-janji baru Anwar selepas ditipu dengan janji-janji palsu dahulu?

mimr


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger