Maklumat dalaman memberitahu bahawa Pro-A memenangi enam kerusi umum manakala promahasiswa hanya memenangi lima kerusi.
Bagi kerusi fakulti pula, proaspirasi memenangi 34 kerusi berbanding promahasiswa hanya memenangi dua kerusi.
Sementara itu, wakil proaspirasi, Khairul Hadzreen Khairruddin ketika dihubungi berkata, beliau belum dapat memberi jumlah kerusi yang dimenangi setakat ini kerana analisis hanya akan dibuat esok.
Manakala Ketua Promahasiswa, Tarmizi Anuwar mendakwa pihaknya hanya bertanding kerusi Umum dan telah memenangi tujuh daripada 11 kerusi diperuntukkan dengan calon mereka Ummu Habibah Ramli mendapat undi tertinggi iaitu 9,782.
Keputusan yang dikeluarkan malam ini adalah tidak rasmi dan esok bantahan dibuka dan pada 27 September, keputusan bantahan dibuat sebelum keputusan rasmi diumumkan pada 1 Oktober.
mimr