RANCANGAN 'ANWARINAS' TENDANG NASHARUDDIN KELUAR PAS GAGAL!!!

Monday, 10 September 20120 comments


Majlis Syura Pas, yang menjadi bualan dan tumpuan banyak pihak dari dalam dan luar parti itu sejak sebulan lalu, selesai bersidang malam tadi.

Yang peliknya, mesyuarat itu berlangsung tanpa membincangkan isu berkaitan dengan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Sehubungan itu, Nasharudin yang turut menghadiri mesyuarat malam tadi yang berlangsung lebih dua jam, kekal sebagai ahli Majlis Syura.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada media sejurus selesai mesyuarat Ahli Majlis Syura PAS.

Jelas Hadi, oleh kerana tiada sebarang masalah yang timbul berkenaan dengan kedudukan Nasharudin, maka tiada keperluan bagi Majlis Syura untuk membincangkannya.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang dikuasai oleh kumpulan 'Anwarinas'telah bermesyuarat pagi semalam dan membuat keputusan menyerahkan kepada Majlis Syura untuk menentukan kedudukan Nasharudin.

Sudah pasti tindakan Majlis Syura tidak langsung menyentuh isu berkaitan Nasharuddin menimbulkan keresahan kepada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas PUsat yang mahukan Nasharuddin berambus dari PAS.

Penulis yakin, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura semalam sudah tentu membangkitkan polemik baru dalam PAS.

Dalam pada itu, Nik Aziz yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura, dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat PAS jam 9.20 malam selepas memimpin mesyuarat selama 20 minit.

Difahamkan, Nik Aziz yang merupakan sekutu kuat kepada kumpulan 'Anwarinas' bertindak demikian atas masalah kesihatannya.

Namun penulis berfikiran sebaliknya. Timbul persoalan di sini, mungkinkah tindakan Ahli Majlis Syura enggan menyentuh isu berkaitan Nasharudin memaksa Nik Aziz meninggalkan mesyuarat itu?

Untuk pengetahuan, Nik Aziz adalah pemimpin PAS yang lantang menghentam tindakan Nasharuddin yang menyarankan kepada PAS supaya mempertimbangkan semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Haram berikutan pendirian Karpal Singh dalam isu hudud.

Nik Aziz juga dilihat tidak senang apabila Nasharudin bersama dengan rombongan Perdana Menteri ketika berkunjung ke Arab Saudi tempoh hari.

Nasharudin dikatakan adalah orang yang mengatur pertemuan Perdana Menteri dengan Ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr. Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr. Sulaiman Al-Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish.



mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger