Wajah-wajah individu yang dikehendaki pihak polis bagi membantu siasantan insiden tidak bermoral dengan mengibarkan bendera ala bendera Singapuran, pijak gambar PM, tayang bontot dan aksi liar. |
Pihak yang melakukan perbuatan biadab dan terkutuk itu kini diburu oleh pihak keselamatan demi memelihara kedaulatan dan maruah rakyat Negara ini.
Perbuatan tersebut menunjukkan bahawa ada segelintir rakyat Negara ini yang tidak tahu bersyukur. Mereka berbuat demikian tanpa memikirkan kesannya yang sangat buruk.
Kerajaan Malaysia amat komited memelihara Negara ini daripada pelbagai ancaman. Kerajaan kerap bertolak ansur demi memelihara sistem demokrasi agar berjalan lancar.
Tetapi nampaknya, ada puak seperti tidak suka cara demokrasi sedangkan mereka bertempik sana sini cerita tentang hak demokrasi. Mereka lebih suka cara pijak gambar, tayang punggung, tukar bendera, rusuhan dan sebagainya.
Nampaknya tidak keterlaluan penulis katakan, rakyat Malaysia kini berdepan dengan pertumbungan budaya moral rendah ciptaan Pakatan Haram dengan budaya moral tinggi dari pihak kerajaan.
Tindakan mereka mengibarkan bendera ala bendera Singapura tersebut jelas menunjukkan bahawa mereka sudah ketinggalan zaman.
Alhamdulillah, hari ini pihak berkuasa telah menyenaraikan individu yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan. Penulis menyokong tindakan polis untuk mengherat individu tidak bermoral itu ke muka pengadilan.
mimr