PKR CABAR BN SELANGOR DEDAH SIAPA BAKAL MENTERI BESAR !!!

Monday, 24 September 20122comments



Parti Kencing Rakyat (PKR) mahu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor jika UMNO sudah mempunyai formula lengkap untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) kelak.

Baru-baru ini Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO melahirkan keyakinannya bahawa UMNO dan BN sudah bersedia dan bersemangat untuk merampas semula Selangor berdasarkan beberapa isu kritikal yang melanda kerajaan negeri pimpinan Pakatan Haram.

Mengulas isu ini, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamad berkata, Pakatan Haram semakin tertekan di negeri Selangor ketika ini kerana banyak isu yang melanda saban hari, bermula dari isu sampah, air, Talam gate, pembelian lori sampah serta sistem penyampaian yang lemah.

Beliau berkata, rakyat juga sudah muak dan menyampah dengan perangai mereka yang selalu mengutamakan kepentingan diri dan politik serta terlalu terdesak mahu mempertahankan kuasa politik.

Berikutan itu, Pakatan Haram sudah hilang tumpuan dan kini muncul dengan satu lagi formula politik kononnya mahu memberikan tekanan kepada BN secara psikologi untuk menamakan bakal Menteri Besar.

Menurut Zin lagi, sikap sebenar Pakatan Haram yang suka menutup segala kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dengan menggunakan pendekatan politik retorik adalah penghinaan kepada rakyat Selangor yang mengundi mereka sebelum ini.

Lantaran itu, Zin mencabar kepimpinan Pakatan Haram menamakan dulu barisan Kabinet bayangan mereka dahulu sebelum mencabar BN Selangor dedah siapa bakal Menteri Besar.

Beliau juga memberi amaran kepada Pakatan Haram supaya tidak mencampuri urusan dalaman UMNO sebaliknya beri tumpuan tangani permasalahan rakyat di negeri Selangor yang semakin 'tenat' khususnya isu air, masalah sampah serta sistem perkhidmatan yang lain.

mimr
Share this article :

+ comments + 2 comments

24 September 2012 at 11:39

Lucu melihat gelagat pembangkang!

24 September 2012 at 12:38

Teringin sangat untok melihat 'shadow Cabinet' PKR yang akan memerintah negara ini selepas PRU13 nanti. Kalau portfolio Kementerian Kehakiman sudah dapat agak. Cuma portfolio Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik, DSP Lajim dan DSP Wilfred dari Sabah dan dengar khabar 5/6 orang dari Sarawak mahukan juga jawatan Menteri Penuh dalam kabinet Persekutuan. Cepat lah umum. Rakyat mahu melihat keterbukaan dan tranparansi PKR dalam perkara ini. Kalau setakat jawatan Menteri Besar Selangor dari BN itu ianya melibat Selangor saja..rakyat dari negeri negeri lain tak minat sangat. Sila..sila..

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger