Akhbar politik Malaysia Harini yang disaman oleh Mohd Apandi Mohamad, Yang Dipertua PAS Jeli. |
Malaysia Harini pada edisi 4 bertarikh 21 Mei-3 Jun 2012 melaporkan tajuk "PAS Kelantan sangat 'buas' jual tanah rakyat" dan di muka surat 9 pula ditulis "Nik Aziz hanya bela pemimpin bukan rakyat" yang kononnya dianggap sebagai fitnah dan tohmahan terhadap plaintif.
Lima defendan dinamakan iaitu wartawan yang juga Pengarang Eksekutif akhbar terbabit, Rudysham Abdul Raof; Ketua Pengarang Eksekutif, Razali Yahaya; Eksekutif Pemasaran, Izwan Mat Yasir.
Selain itu, Percetakan Kembara Sdn Bhd dan Penerbit Jurnal Agrotani yang beralamat 101-2, 2nd Floor, Jalan Prima SG 3/2, Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
Dalam pernyataan tuntutan, Mohd Apandi turut menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi melampau, ganti rugi punitif dan memohon injuksi menghalang defenden atau ejen-ejennya mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan kononnya berunsur fitnah terhadapnya.
Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam menetapkan 4 Oktober depan sebagai tarikh sebutan bagi akhbar Malaysia Harini memfailkan pernyataan pembelaan.
Plaintif diwakili Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates, manakala akhbar Malaysia Harini diwakili peguam Bhag Singh dari Tetuan Bhag Sulaiman & Co.
Dalam pada itu, penulis yang menghubungi pihak Malaysia Harini, mengesahkan menerima tuntutan saman dari Apandi.
"Kami akan ke mahkamah bagi memfailkan pernyataan pembelaan. Laporan Malaysia Harini "PAS Kelantan sangat 'buas' jual tanah rakyat" bukan fitnah dan cerita yang diada-adakan. Kami cukup bukti, dan segala bentuk bukti telah kami serah kepada peguam untuk dinilai, " kata Rudysham yang juga Pengarang Eksekutif Malaysia Harini.
Sementara itu, mengulas lanjut tentang saman, Razali Yahaya menyatakan bahawa tindakan Apandi adalah untuk menakutkan akhbar Malaysia Harini dari terus melaporkan berita tentang kegiatan pemimpin PAS.
"Tindakan saman tidak langsung menggentarkan kami dari terus menyelongkar pengkhianatan pemimpin politik terhadap rakyat. Rakyat wajib tahu kebenaran. Itu hak rakyat!," katanya yang juga Ketua Pengarang kepada akhbar terbabit.
Mohd Apandi Mohamad, YDP PAS Jeli. |
mimr
+ comments + 7 comments
Di mana saya boleh dapat Malaysia Harini???
Edisi terbaru sudah mula masuk di pasaran... Namun penjualannya masih belum menyeluruh, mungkin tidak dpt di semua kedai..
SHAHALAMREBEL akan TAMATKAN..Steady!!!
Kenapa tak pernah dengar akhbar Malaysia Harini???
Tan Keng Liang pernah tweet mana nak dapat paper ini...
Malaysia Harini ni apa pulak? Adik bradik Utusex ke???
kah kah kah... padan muka kena saman...UMporNO
mcam haram statement cai PR nih!!! itu la akibat pakai spender dekat kepala..
hahahaha ...