MANIFESTO #ASPIRASIMAHASISWA PUNCA KEMENANGAN DI 5 UNIVERSITI!!!

Friday, 21 September 20121comments

Hafiz (duduk, empat dari kanan) berkata, Manifesto Aspirasi Mahasiswa yang lebih dekat di hati para pelajar turut menjadi kayu pengukur sebenar keupayaan barisan kepimpinan kumpulan tersebut dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa.

SHAH ALAM - Kejayaan Aspirasi Mahasiswa menguasai lima kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 pada Khamis membuktikan mahasiswa lebih mengutamakan kepimpinan berkredibiliti dan memperjuangkan suara mahasiswa.

Jurucakap Aspirasi Mahasiswa, Mohd Hafiz Ariffin berkata, kemenangan itu juga membuktikan mahasiswa menolak sentimen politik yang cuba dibangkitkan oleh pro-Mahasiswa (Pro-M).

"Barisan kepimpinan yang berkarisma dan berkredibiliti amat penting bagi memastikan setiap kebajikan mahasiswa terpelihara.

"Ia suatu pencapaian membanggakan hasil usaha keras kumpulan Aspirasi yang bertungkus-lumus memperjuangkan suara mahasiswa selama ini.

"Malah, kejayaan itu menunjukkan mahasiswa menolak kepimpinan jalanan yang dilihat mempunyai agenda tertentu untuk menggugat keharmonian di dalam kampus," katanya ketika sidang media di Shah Alam.

Mohd Hafiz berkata, manifesto Aspirasi Mahasiswa yang lebih dekat di hati para pelajar turut menjadi kayu pengukur sebenar keupayaan barisan kepimpinan kumpulan tersebut dalam memperjuangkan kebajikan mereka.

Katanya, kumpulan tersebut yang membawa motto ‘Wadah Penggerak Mahasiswa’ memperjuangkan lima perkara pada pemilihan kali ini.

Ia merangkumi:
1.Kecemerlangan Akademik
2.Mengutamakan Kebajikan
3.Pembangunan Sahsiah
4.Meningkatkan kebolehpasaran kerja di kalangan mahasiswa 
5.Memastikan infrastruktur lengkap dan kondusif di universiti

"Manifesto itu lahir hasil penelitian analitikal golongan mahasiswa itu sendiri. Kita mengambil kira semua aspek terutamanya kos sara hidup mahasiswa yang tinggi terutamanya di kawasan bandar," katanya.

Jelas beliau, mahasiswa aspirasi berjaya memperjuangkan isu-isu mahasiswa secara diplomasi dan rundingan berbanding Pro-M yang gemar berpolitik jalanan dan keganasan.

“Hasil perjuangan itu, Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia dan Baucar Buku 1 Malaysia diperkenalkan bagi mengurangkan beban kos sara hidup mahasiswa di kampus,” katanya.

Sementara itu, Mohd Hafiz turut yakin peluang Aspirasi Mahasiswa untuk mencapai kemenangan besar di 15 IPTA lagi Selasa depan adalah cerah.

"Insyallah, kita akan turut mengecapi kejayaan yang sama di 15 universiti lagi. Saya pasti golongan mahasiswa menolak sentimen buruk yang cuba dicetuskan pihak tertentu.

"Mahasiswa kini lebih bijak dan matang dalam membuat keputusan. Hanya barisan kepimpinan yang mampu merealisasikan inspirasi mereka tanpa dipengaruhi ideologi kepartian luar kampus akan dipilih," katanya.

mimr
Share this article :

+ comments + 1 comments

24 September 2012 at 11:44

Tahukan mahasiswa semua! penurunan kadar faedah PTPTN kepada ujrah dan kad diskaun pelajar adalah hasil perjuangan kumpulan Penggerak Mahasiswa?

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger