AKSI KETANGKASAN KOMANDO TANGKAP PENGGANAS DALAM PESAWAT TUDM!

Thursday, 6 September 20120 comments


Pengganas yang menyamar sebagai peserta rombongan telah ditangkap oleh Pasukan Khas Udara (PASKAU) sebaik pesawat Charlie-130 mendarat di Pangkalan TUDM Kuantan. Namun itu hanyalah gimik demonstrasi yang dirahsiakan dari pengetahuan peserta rombongan yang sudah pasti terkejut dengan aksi itu. Foto - Agendadaily
Tangkas! Cekap! Itulah aksi Pasukan Khas Udara (PASKAU) sebuah pasukan elit dalam pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika menangkap pengganas tempoh hari yang disaksikan penulis sendiri.

Namun, aksi itu hanyalah sebuah demonstrasi khas yang dipertontonkan kepada rombongan media jemputan Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN), Datuk Seri Zahid Hamidi sejurus tiba di Pangkalan TUDM Kuantan.

Rombongan yang terdiri daripada Editor Kanan, Bloggers, penggiat Facebook dan Twitter merupakan individu terpilih di kalangan pengamal media dari seluruh negara yang diberi peluang melihat sendiri aset-aset pertahanan negara yang tidak pernah disaksikan umum sebelum ini.

Rombangan pengamal media seramai 80 orang telah berlepas dari Pangkalan TUDM Subang dengan menaiki Charlie C-130 yang merupakan sebuah pesawat pengangkut tentera pada jam 8.30 pagi.

Aksi pintasan oleh pesawat tempur MIG-29 ketika dalam perjalanan udara ke pangkalan TUDM Kuantan merupakan demonstrasi pertama yang dipertontonkan kepada kami. Masing-masing mengambil kesempatan merakamkan aksi itu baik dari lensa kamera dan perakam video masing-masing.

Pesawat MIG-29 telah terbang mengiringi pesawat rombongan kami hingga mendarat ke Pangkalan TUDM Kuantan.




Sebaik tiba di sana, sekali lagi kami dikejutkan dengan aksi gerun oleh PASKAU yang bertindak memeriksa semua penumpang kerana disyaki di antara kami ada pengganas yang sedang diburu. Masing-masing terpinga-pinga dengan arahan oleh pasukan elit TUDM itu.

Wajah bengis anggota PASKAU itu cukup menakutkan hingga ada peserta rombongan yang enggan turun dari pesawat Charlie-130 yang membawa rombongan kami.

Itulah antara aksi demonstrasi yang dipertontonkan kepada rombongan pengamal media selain dibawa melihat kecanggihan bilik operasi sistem pertahanan udara serta aset-aset TUDM.

Ternyata program ini merupakan satu usaha transformasi yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pertahanan bersama pengamal media dengan tujuan memberi informasi terkini tentang perkembangan aset-aset pertahanan negara supaya menyebarkan cerita benar kepada rakyat.

Terima kasih MENHAN!!!




mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger