Himpunan Merdeka Janji DiTepati mencipta rekod dengan jumlah Tweet dari pengguna twitter sehingga mencecah 3,611,323 tweet dalam masa satu jam bermula 8.15 pm sehingga 9.15 pm. Himpunan yang diadakan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke 55 tahun yang dihadiri oleh rakyat Malaysia berbilang kaum untuk menyambut Kemerdekaan bersama Perdana Menteri Malaysia ini telah mencipta rekod yang bersejarah.
Pelbagai reaksi daripada pengguna twitter dengan tweet #merdeka55 boleh dibaca di laman web twitter.com dan rata-rata daripada mereka menunjukkan sokongan terhadap kepimpinan kerajaan yang memerintah. Tidak kurang juga yang memberikan kata semangat dan patriotik untuk ditatapi oleh semua rakyat Malaysia terutama yang menggunakan media sosial Twitter.
Antara aktivit yang diadakan adalah seperti persembahan tarian kilat serta pelbagai anugerah kepada mereka yang telah menaikkan nama Malaysia di persada dunia dalam pelbagai sektor antaranya artis tempatan Yuna yang telah menerima anugerah Ikon Seni serta pelbagai Ikon Ikon lain turut menerima anugerah.
Penuh dgn Hadirin
Antara Gelagat Pengunjung
Pelbagai Persembahan
Keadaan Di Luar Stadium Sebelum Majlis bermula dengan kehadiran Pengunjung 1 Malaysia pelbagai kaum.
PS: Sekali lagi perhimpunan diadakan secara aman, secara aman diulangi lagi, "SECARA AMAN" bagi yang kurang faham dengan konsep keamanan.