SHAH ALAM BANJIR KILAT! KHALID SAMAD TAK TAHU ATAU BUAT TAK TAHU???

Wednesday 29 August 20120 comments

Sebuah stesen minyak turut ditutup kerana dinaiki air di Padang Jawa ekoran hujat lebat awal pagi semalam.
SHAH ALAM 29 OGOS - Beberapa kawasan rendah di bandar raya ini dinaiki air selepas hujan lebat tanpa henti hampir dua jam sejak 6 pagi semalam.

Antara kawasan terjejas teruk ialah Padang Jawa berhampiran ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dekat sini yang dinaiki air hampir satu meter menyebabkan hanya kenderaan berat dibenarkan melalui kawasan itu. 


Selain itu, lebih 50 premis perniagaan besi dan bengkel kenderaan yang terletak berhampiran kawasan berkenaan turut dimasuki air.

Banjir kilat awal pagi semalam turut menyebabkan sebuah stesen minyak berdekatan terpaksa ditutup kerana dinaiki air. 





Kejadian itu yang bermula jam 8 pagi turut menyebabkan banyak kenderaan terkandas manakala urusan pelanggan JPJ dan pekerja swasta di kilang berhampiran terganggu.

Pekerja kilang besi, R Rajendran, 52, mendakwa banjir kilat hampir paras pinggang itu adalah kali kedua dalam tempoh seminggu menyebabkan kilang tempatnya bekerja dimasuki air dan tidak dapat beroperasi. 

“Banjir baru berlaku pada hari kedua Aidilfitri lalu dan hari ini ia berulang. Setiap kali hujan lebat, mesti banjir di sini,” katanya.

mimr


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger