MAHASISWA TEKAD GULING PAKATAN HARAM DI SELANGOR!

Friday 10 August 20120 comments



SHAH ALAM - Selepas Universiti Selangor (UNISEL) dibelenggu masalah kewangan, sebuah lagi institut pengajian tinggi milik kerajaan Selangor iaitu Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) didakwa sedang menghadapi kemelut yang sama.

Perkara itu diakui sendiri oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajarnya, Mohd Firdaus Hashim yang mendakwa masalah timbul ekoran daripada jumlah pelajar yang semakin berkurangan hingga menyebabkan pihak pengurusan KUIS tidak mampu membuat bayaran kepada syarikat konsesi pengurusan asrama, Redha Resources Sdn. Bhd. (RRSB).

Beliau mendakwa, berdasarkan perjanjian konsesi itu ia menyatakan, KUIS perlu membuat bayaran sebanyak RM13.8 juta setahun kepada RRSB yang bertanggungjawab menguruskan operasi asrama di universiti berkenaan.

Menurut sumber, mahasiswa KUIS telah dipaksa untuk menetap di asrama bermula kemasukan baru pada awal November ini. Pihak universiti telah mewajibkan mahasiswa tinggal di asrama sejak sesi pengajian yang lepas.

"Paksaan untuk mewajibkan pelajar tinggal di asrama ditentang keras oleh kami kerana bebanan yuran pengajian meningkat setiap tahun. Ini tidak termasuk kos sara hidup dan bahan rujukan seperti buku yang mahal," kata salah seorang mahasiswa KUIS.

Sebelum ini yuran asrama jenis D berjumlah RM550 setiap seorang (4 orang satu bilik), terkini meningkat mendadak kepada RM700 setiap seorang tanpa sebarang penambahbaikan pada asrama itu.

Lebih memeranjatkan, kenaikan lebih tinggi pada asrama jenis A, B dan C dimana yuran setiap seorang mencecah RM1,000.

Menurut sumber lagi, masalah kewangan mahasiswa KUIS berada di tahap kritikal jika pihak universiti terus menekan pelajarnya. Ini berikutan sebilangan kecil gagal mendapat pinjaman kewangan. Mereka juga terpaksa menanggung kos pembelian buku-buku yang mahal dan yuran meningkat setiap tahun.

Keadaan ini jelas membuktikan ketidakcekapan pihak pengurusan universiti yang baru dilantik sejak pakatan haram memerintah Selangor.

Penulis yakin jika masalah berlarutan, UNISEL dan KUIS yang ketika dahulu 'gah' hingga menjadi pencetus kepada penubuhan pusat pendidikan oleh kerajaan negeri yang lain bakal 'bungkus'.

Inilah bahana akibat ketaksuban mempolitikkan apa sahaja demi kemaslahatan dan kenikmatan dunia yang diidam-idam oleh pemimpin pakatan haram.

mimr

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger