AGENDA MENJAHANAMKAN RAKYAT SELANGOR! RUMAH URUT BERHAMPIRAN PERUMAHAN & MASJID!

Saturday 4 August 20120 comments

Kerajaan Selangor pimpinan pakatan haram gagal! Lambakan rumah urut pun tidak mampu dibendung sudah berangan memerintah negara? Jahanam Malaysia!

SHAH ALAM – Kekhuatiran beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pengguna mengenai lambakan pusat urut dan hiburan di negeri Selangor harus dipandang serius semua pihak dan perlu ditangani segera.

Kebanjiran pusat-pusat yang tidak bermoral itu jelas membuktikan kerajaan Selangor yang ditadbir Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah ‘lepas tangan’ dengan fenomena ini.

Bagi mendalami kegusaran beberapa NGO berkenaan, wartawan Utusan Malaysia membuat tinjauan ke beberapa kawasan seperti di Seri Kembangan, Ampang dan Puchong.

Rata-rata mendapati kewujudan pusat urut mahupun pusat hiburan dilihat tidak sesuai kerana berhampiran dengan kawasan perumahan dan masjid.

Lebih mengecewakan lagi ialah apabila kawasan pusat hiburan, rumah urut dan pusat snuker ini berhampiran pusat tuisyen serta balai polis.

Tinjauan ke Jalan Kenari, Puchong Selangor mendapati hampir 30 pusat urut, pusat hiburan dan pusat snuker terdapat di beberapa premis bangunan empat tingkat di kawasan itu.

Sebagai contoh di Jalan Kenari 9, deretan pusat hiburan atau pub mengisi ruang bangunan di jalan tersebut dengan hanya ‘berjiran’.

Kira-kira 500 meter dari pusat hiburan itu, terdapat beberapa pusat urut dengan lambang kaki di hadapan premis masing-masing.

Menurut seorang pekerja di pusat urut berhampiran Jalan Kenari 18 yang dikenali sebagai Jasmin berumur 20-an, rata-rata pengunjung ke pusat urut hanya mahu menikmati urut seks.

Tambah Jasmin, pusat urut tempatnya bekerja bagaimanapun tidak menawarkan perkhidmatan urutan seks.

“Kalau abang mahu urutan seks pergi ke kedai sebelah atau di kedai hadapan sana. Kami di sini tiada urut yang syok-syok punya! Kami urut betul-betul,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Kelmarin, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) mendakwa kebanjiran pusat-pusat urut dan hiburan di Selangor bukti kerajaan negeri itu tidak sensitif terhadap keselamatan dan keselesaan rakyat.

Selain Puchong, akhbar ini turut mengesan beberapa pusat urut di sekitar Seri Kembangan berhampiran South City Plaza.

Daripada pemerhatian, setiap deretan bangunan mempunyai satu pusat urut yang juga menggunakan lambang kaki.

Kemudian, kami beredar ke Pandan Indah yang juga dikatakan lubuk dan sangkaan kami memang tidak meleset apabila banyak pusat urut, hiburan dan snuker tumbuh di Jalan Pandan Indah 4 dan sekitarnya.

Lebih menyedihkan apabila kawasan blok premis tersebut berhampiran kawasan perumahan dan Masjid Al-Azim.

Justeru, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengambil tindakan tegas ke atas lambakan pusat urut, hiburan dan snuker sama ada yang berlesen atau tidak.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu selaku individu yang bertanggungjawab, perlu menyelesaikan isu ini dengan segera. - Utusan


mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger