TINDAKAN KHALID SAMAD MEMBAHAYAKAN KANAK-KANAK DI SHAH ALAM? LAGI SATU TINDAKAN BODOH PEMIMPIN PAKATAN HARAM!

Monday, 9 July 20120 comments

Membahayakan! Taman permainan di Shah Alam tidak lagi selamat digunakan oleh kanak-kanak. Pusat-pusat riadah di Shah Alam yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan kanak-kanak mula melakukan aktiviti yang tidak sihat. - Gambar dari K7L.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui kerajaan pusat sentiasa komited meningkatkan kemudahan awam dan pusat-pusat riadah selari dengan komitmen menuju negara maju dan membangunkan modal insan.

Kemudahan awam seperti taman permainan dan pusat rekreasi antara perkara yang diberi keutamaan oleh BN dalam meningkatkan aktiviti sosial dan sukan di kalangan masyarakat disamping melahirkan generasi yang aktif fizikal dan mental.

Ini kerana, otak yang sihat lahir dari tubuh badan yang sihat.

Namun, penulis kesal dengan sikap seorang pemimpin pakatan haram, Khalid Samad. Sejak diberi peluang oleh warga Shah Alam menjadi ahli parlimen, tingkah lakunya semakin bongkak dan sombong.

Khalid Samad memilih bulu untuk menyelesaikan masalah penduduk. Jika kawasan itu majoritinya penyokong BN, sudah pasti kawasan itu semak samun macam jambang Khalid Samad sendiri.

Antara lambakan aduan adalah tentang pusat riadah dan taman permainan yang tidak diselenggara hingga membahayakan pengguna terutamanya kanak-kanak.

Penulis dukacita dengan kejadian baru-baru ini dimana seorang kanak-kanak menjadi mangsa kealpaan dan sikap sambil lewa Khalid Samad.

Berita selanjutnya (KLIK SINI) 

mimr

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger