Bagi mengelak penduduk di Shah Alam tertipu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) akan melakukan operasi besar-besaran bagi membanteras premis makanan yang gagal mempamer logo dan sijil halal.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata JAKIM tidak akan berkompromi, malah bakal mengenakan tindakan tegas terhadap premis yang gagal berbuat demikian.
Beliau berkata tindakan itu selaras dengan penguatkuasaan peratuaran mempamer logo dan sijil halal JAKIM hari ini, sekali gus pengusaha dan pemilik premis makanan yang gagal berbuat demikian bakal dikenakan tindakan undang-undang.
"Melalui pindaan akta (Akta Perihal Dagangan (APD)1972) baru-baru ini, jabatan ini diberi kuasa untuk turun padang melakukan serbuan, tidak seperti sebelum ini, yang mana JAKIM perlu menumpang kuasa Kementeri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan apabila mahu melaksanakan satu-satu operasi serbuan.
"Malah kita juga telah memberi masa yang cukup kepada pengusahan premis untuk mendapatkan logo halal JAKIM. Mereka yang masih berdegil akan dikenakan tindakan," katanya.
Menerusi pindaan akta itu, hanya sijil dan logo halal yang dikeluarkan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri akan diguna pakai.
Berikutan itu, pengusaha premis diberi tempoh sehingga bulan lepas untuk mendapatkan logo pengesahan halal JAKIM, dan jika gagal berbuat demikian, mereka berdepan denga maksimum RM5 juta kerana kesalahan memperdaya atau mengelirukan pengguna.
Sila laporkan kepada pihak berkuasa jika pengusaha dan premis makanan menggunakan logo Halal seperti di bawah.
Ini adalah logo Halal JAKIM yang lama dan tidak dikeluarkan lagi. |
+ comments + 2 comments
Kenapa JAKIM tak masukkan nombor siri pada logo? JAKIM juga dicadangkan untuk sediakan semakan online di lawan web mereka. Jadi bila nak pengesahan, kita cuma perlu semak nombor siri dengan gunakan laptop atau smartphone. Laporan boleh dibuat bila ada perbezaan butiran, misalnya alamat dan nama kedai yang tidak seperti butiran nombor siri. Sambil-sambil lepak kat kopitiam, boleh lah semak logo halal.
Logo halal cuba menghalalkan premis dan produk bukan Muslim. Bantulah pengusaha muslim. Keluarkan logo khas utk premis dan produk muslim. Itu lbh baik. Sampai bila nak tolong bukan muslim? Diorg dah established, kukuh. Berlaku adil lah kpd pengusaha muslim yg membyr zakat.