SEJARAH PENYELEWENGAN & ROMPAKAN TERBESAR WANG RAKYAT BAKAL DIBONGKAR! SIAPA BARUA ITU?

Tuesday, 3 July 20120 comments



SHAH ALAM 2 Julai - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki RM3 bilion dengan mengawal 20 akaun induk semasa berkhidmat dengan kerajaan sekiranya terbukti benar disifatkan sebagai penyelewengan terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah negara.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Mohamad Johari Yasin berkata, penyelewengan melibatkan wang rakyat tersebut adalah sesuatu yang amat serius dan ia perlu dijawab segera oleh Ketua Pembangkang itu.

Malah beliau mengulangi gesaan pelbagai pihak agar Anwar memulangkan semula wang tersebut kepada rakyat.

“Persoalannya, kenapa sehingga sekarang Anwar tidak membersihkan namanya dengan menyaman bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid serta ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali yang telah membuat banyak pendedahan.

“Saya yakin, sekiranya semua dakwaan itu benar, ini adalah penyelewengan yang paling besar telah berlaku dalam sejarah negara dan ia merupakan ‘rompakan’ terhadap wang rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 1999, Abdul Murad membuat akuan bersumpah dengan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang bernilai lebih RM3 bilion.

Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Datuk Abdul Razak Idris turut dilaporkan membuat pendedahan beliau telah diminta membuat akuan bersumpah membersihkan nama Anwar daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion tersebut atas permintaan Anwar yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

SD Mohamad menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis mengadakan siasatan terperinci isu tersebut.

Selain itu, katanya, turut perlu disiasat ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali serta isterinya, Shamsidar Taharin yang didakwa memperoleh kekayaan melampaui pendapatan. 
Utusan

mimr
Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger