POLIS BURU DUA INDIVIDU TERMASUK SEORANG BLOGGER PAS? CUBAAN BUNUH PM DIRANCANG?

Wednesday, 11 July 20120 comments

Kejadian amuk di JPM dikatakan dirancang oleh beberapa individu termasuk seorang blogger pro pakatan haram? Polis masih menyiasat dan memburu dua individu yang menghantar suspek untuk membantu siasatan.

Polis hari ini memburu dua individu dan seorang blogger yang dikatakan bersama lelaki berkenaan sebelum amukan dilakukan di Putrajaya.

Lelaki yang dikenai sebagai Khalil Afandi Hamid, 47 yang ditembak mati di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam telah dilihat dihantar oleh dua individu yang tidak dikenali.

Melalui CCTV pihak polis telah pun mengenalpasti dua individu dan seorang blogger yang dikatakan merakamkan kejadian itu.

Pihak Polis tidak menolak kemungkinan satu amukan yang dirancang oleh individu tertentu untuk menghuru-harakan keadaan.

Pakar Perunding Psikologi Utama, International Psychology Centre Sdn Bhd, Dr Edward Chan ketika memberikan pandangannya itu berkata, dengan kata lain seseorang itu mungkin mengalami kecelaruan minda. "Berdasarkan pemerhatian saya melalui blog lelaki itu.

"Selalunya individu yang mengalami gangguan ini akan bersifat murung, cepat marah dan panas baran yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam kerana mereka akan bertindak di luar kawalan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang semalam, lelaki itu yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, yang menggelarkan dirinya sebagai 'Imam Mahadi' mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, JPM.

Suspek wanita berusia 28 tahun itu, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan dirawat di Hospital Putrajaya.

Sementara itu, Penganalisis Jenayah Kamal Affendi Hashim mencadangkan agar setiap anggota polis termasuk polis bantuan dan sukarelawan dibekalkan dengan skim insurans memandangkan mereka sentiasa berdepan dengan risiko bahaya.



mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger