PENIAGA RUNGUT RUGI, PESTA BUKU NEGERI SELANGOR TIADA SAMBUTAN!

Wednesday, 4 July 20121comments



SHAH ALAM 4 Julai - Kerajaan Selangor pimpinan pakatan haram sedang menganjurkan Pesta Buku Negeri Selangor 2012 yang berlangsung dari 29 Jun hingga 9 Julai 2012.

Bertempat di Shah Alam Convention Center (SACC), pesta buku ini mensasarkan bilangan pengunjung seramai 450,000 orang pada kali ini. Hanya 73 penjual buku menyertai pesta buku ini walaupun 164 'booth' disediakan.

Malangnya, akibat kurang promosi, pesta buku ini tidak mendapat sambutan orang ramai. Ini menimbulkan kebimbangan kepada penyewa 'booth' dan peniaga, mereka akan rugi jika pesta buku ini terus gagal menarik kehadiran pengunjung.

Menurut peniaga, mereka berharap orang ramai akan serbu pesta buku pada hujung minggu ini. Ini peluang terakhir bagi mereka untuk meningkatkan hasil jualan.

Menurut sumber penganjur pula, setakat ini baru 5,000 pengunjung direkod hadir pada hari kelima pesta buku yang berbaki lima hari lagi. Lebih malang, pada hari bekerja, purata pengunjung yang hadir ke pesta buku hanya 200 orang sahaja.

Ini jauh dari sasaran penganjur yang yakin 450,000 pengunjung akan hadir ke pesta buku.

Penganjur juga berharap hujung minggu ini orang ramai akan serbu pesta buku bagi mengelak peniaga rugi.

Pesta buku ini dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendididikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Kenapa program anjuran pakatan haram terus gagal tarik perhatian orang ramai?
mimr



Share this article :

+ comments + 1 comments

4 July 2012 at 14:06

kesian..bukti rakyat dah meluat kat pembangkang..

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger