MAJLIS ULAMA BAKAL JADI SALAH SATU SAYAP UMNO?

Sunday 22 July 20120 comments

Perdebatan antara Ustaz Fathul Bari dan Nasruddin jelas memperlihatkan wakil UMNO lebih Islamik cara berhujahnya jika dibandingkan dengan wakil Pas. Ini tanda perubahan dalam UMNO! Akhlak penyokong UMNO jauh lebih baik dari penyokong Pas yang bertindak ala-ala monyet dalam program debat itu. Tindakan penyokong Pas itu sungguh memalukan bukti pemimpin Pas gagal terapkan sifat dan akhlak Islami di kalangan penyokongnya.

SHAH ALAM - Aksi 'monyet' oleh penyokong PAS di program Debat kelmarin jelas merosakkan keharmonian majlis ilmu itu. Tindakan ala-ala 'momyet' oleh penyokong Pas yang cuba menggangu tidak menghalang Ustaz Fathul Bari memberi hujah-hujah yang jelas lebih baik dari Nasruddin.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya memberitahu, cadangan menjadikan Majlis Ulama sebagai sayap baru parti telah dikemukakan kepada pimpinan tertinggi dan masih dalam perbincangan.

Menurutnya, cadangan itu masih dalam pertimbangan kerana Umno tidak mahu penubuhan Majlis Ulama itu dianggap terlalu bersifat kepartian.

“Saya kemuka cadangan dua tahun lalu untuk wujudkan sayap Majlis Ulama Umno seperti sejarah awal penubuhan parti ini.

“Tetapi kita takut orang ramai akan menganggap apa sahaja fatwa dikeluarkan Majlis Ulama ini hanya untuk politik,” katanya.

Beliau turut menegaskan dalam parti telah wujud biro agama UMNO yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Fathul berkata demikian dalam selepas Debat Sinar Harian “PRU13: Orang Muda Pilih Siapa?”, kelmarin.

Debat itu menemukan Fathul Bari dengan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan.

mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger