FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN! KERAJAAN PAS KEDAH BELI 500,000 UNIT SAHAM FGVH!

Saturday 14 July 20122comments

Kanak-kanak tidak terlepas menjadi mangsa kerahan pemimpin Pas yang tidak bertanggungjawab. Tindakan mereka ini sama seperti mereka yang memperdagangkan kanak-kanak.

Penulis sifatkan peserta perhimpunan oren yang berkumpul di ibu negara hari ini sebagai mangsa penipuan dahsyat oleh pemimpin Pas yang sudah gila.

Penulis amat yakin, penyokong Pas yang menyertai perhimpunan itu tidak tahu fakta dan cerita sebenar di sebalik perhimpunan oren yang mereka sertai.


Itulah bahaya taksub! Nabi sendiri melarang dan menasihati umatnya supaya tidak taksub kepada pemimpin. Ini kerana ketaksuban menuntup pintu kebenaran!

Mereka hanya dimomokkan kononnya penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) itu bakal mendatangkan kerugian kepada peneroka Felda.

Adakah peserta perhimpunan itu sedar kehadiran mereka ke perhimpunan oren itu hanya sia-sia? 

Akibat terlampau gilakan kuasa, pemimpin Pas sanggup berbohong dan mengheret rakyat yang terpaksa berhimpun di bawah panas terik termasuk kanak-kanak.

Itulah ciri-ciri pemimpin tidak bertanggungjawab yang hanya bijaki menipu rakyat demi kepentingan peribadi!

Kerajaan Pas Kedah melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah membeli 500,000 unit saham FGVH! Itu adalah fakta yang cuba disembunyikan dan penulis yakin ramai penyokong Pas tidak sedar hakikat ini.

Adalah pelik bin ajaib, dikala hebat menentang penyenaraian FGVH, Pas secara rahsia melalui Kerajaan negeri Kedah telah membeli saham FGVH.

Jadi, kalau tidak bersetuju dan meyakini bahawa penyenaraian FGVH itu bakal merugikan peneroka, kenapa Kerajaan negeri Kedah membeli saham itu?

Tidakkah itu tindakan yang tiada prinsip? Tapi itu semua tidak penting! Pemimpin Pas sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka berjaya dalam PRU-13. Bagi mereka, menipu rakyat itu adalah tipu sunat!


Bukti pembelian 500,000 unit saham FGVH (KLIK SINI).
mimr
Share this article :

+ comments + 2 comments

15 July 2012 at 01:18

salam tuan persoalan yg tuan tulis d atas memang memeranjatkan tetapi mana faktanya sekadar menulis je semua orang boleh tulis ... jadi jika perkara ni benar beri sekali fakta nya agar orang ramai boleh rujuk ... jgn lh kita ikut cara depa dok ckap yg bukan2 tapi takdo fakta makna nya kita pun sama cam depa ///

15 July 2012 at 11:48

sahabatku! Ini dia bukti http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pknk-sahkan-miliki-500-000-saham-felda-global-1.66332

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger