CUBAAN BUNUH PM GAGAL! SUSPEK AHLI TEGAR PAS & PEMINAT NO. 1 AZHAR IDRUS?

Tuesday 10 July 20128comments


PUTRAJAYA 9 Julai - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, kecoh apabila seorang lelaki dan wanita dikatakan mengamuk sambil melibas pedang samurai sehingga menyebabkan orang ramai dan penjawat awam lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, kedua-dua suspek berjumpa anggota polis bantuan yang mengawal pintu masuk kompleks itu untuk meminta kebenaran masuk ke pejabat Perdana Menteri.

“Apabila tidak dibenarkan, dengan tiba-tiba lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahadi itu mengeluarkan pedang samurai sebelum mengacukan kepada anggota polis bantuan bertugas.

“Kedua-dua mereka terus bergerak sehingga ke kawasan blok B1 sebelum mengamuk dengan memecahkan cermin beberapa kereta yang berdekatan dengan blok itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Utusan Malaysia difahamkan, lelaki yang tidak berbaju itu dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan bertakbir beberapa kali.

Kejadian itu menyebabkan orang ramai dan penjawat awam tidak dapat memasuki bangunan tersebut apabila pintu pagarnya ditutup oleh pihak polis bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Serentak itu, Chin Wah berkata, sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dikejarkan ke tempat kejadian.

“Anggota-anggota MPV yang sampai cuba memujuk, tetapi diserang oleh kedua-dua suspek dan mereka kemudian ditembak oleh anggota polis berkenaan.

“Suspek perempuan cedera di paha kanan manakala lelaki pula di bahagian tangan dan ari-ari bahagian kiri," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditangkap dan dihantar ke hospital untuk rawatan dan butir-butir suspek serta motif kejadian dalam siasatan.

“Suspek lelaki disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid pada sidang akhbar di pejabatnya berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, manakala suspek wanita adalah Muhdalina Ahmad, 28.

Katanya, kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan mengenali satu sama lain sejak seminggu lalu dan Muhdalina adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Kami juga dimaklumkan bahawa lelaki terbabit memiliki seorang anak manakala suspek perempuan mempunyai dua anak," katanya.

Ketika ditanya adakah kedua-dua suspek mempunyai kaitan dengan jaringan pengganas, beliau berkata, perkara itu masih dalam siasatan polis.

“Begitu juga dengan dakwaan suspek adalah seorang penulis blog yang dikatakan mengutuk pihak berkuasa," katanya.


Pembongkaran identiti suspek (KLIK SINI)

mimr
Share this article :

+ comments + 8 comments

10 July 2012 at 10:42

kenapa mesti bunuh? x bolehkah tangkap lepas tu bagi dia kerja yg baik2 ?... <== quote dari Masitah

10 July 2012 at 14:00

OK..sila baca kenyataan daripada polis..saspek menyerang dengan senjata merbahaya. dan telah mengancam bunuh.. dan telah meletakkan pedang samurai di leher pegawai polis dan ugutan bunuh. Tembakan hanya di tangan dan leher, tetapi saspek tidak mahu mengalah dan tidak menyerahkan diri. Kematian disebabkan kehilangan darah yang banyak.

PS. nanti kalau rumah tuan puan masuk pencuri nasihat la dia, ambil dia bekerja. bagus kan.

10 July 2012 at 18:26

Mu sendiri la gi igap ..... Kalao Polis mati siapa peduli ???? cehhhhh

10 July 2012 at 20:24

apasal bodoh sangat ko nihhhhhh...........ko ingat nak tangkap budak sekolah tadika ke.....budak tak gi sekolah buleh la tangkap bagi kaunseling......bengap tahap gaban betullllll!!!!!!!

11 July 2012 at 00:46

apa kaitan Ustaz Azhar dengan kes nie ?

11 July 2012 at 09:02

Entah banggang ke app ko ini. Ko suruhlah bapak ko tangkap org tengah mengamuk guna pedang samurai, tengok berani ke cabut Lari. Bodoh.

2 September 2012 at 12:27

memang heatonxp ni bengap cam gaban...nak komen pun biar laa nampak cerdik skit...nampak sangat bodoh punya ayat...ni mesti orang indon datang keja malaysia ni...

2 September 2012 at 12:30

dia yang minat ustaz azhar...ustaz azhar x minat pun dia...hehehe...tajuk nk bg gimik je tu...dia penyokong PAS, tapi PAS tak sokong dia...ni laa jadinya...hahaha....

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger