Nampaknya Shah Alam tidak dapat diselamatkan lagi. Penulis ingat dengan pendedahan lambakan rumah urut di Shah Alam oleh penulis sebelum ini akan menyedarkan pakatan haram. Penulis gagal!
Perjuangan Amal Makruf, Nahi Mungkar tidak mendapat tempat dan perhatian kerajaan Selangor pimpinan pakatan haram!
Sekurang-kurangnya hadkan lah kewujudan rumah urut itu. Ingat, Shah Alam ini diwakili oleh Khalid Samad dari PAS, parti paling Islam dalam sejarah tamadun manusia.
Penulis yakin, jika pakatan haram terus diberi mandat memerintah negeri Selangor pada PRU-13, tidak mustahil rumah urut dan pusat maksiat terus berleluasa dan tidak terkawal lagi.
Terbaru! Sebuah lagi rumah urut baru dibuka di Seksyen 15 bersebelahan dengan Kompleks Automobil Shah Alam yang hanya 1km dari pusat pentadbiran kerajaan Selangor.
Yang menariknya, rumah urut ini turut menawarkan khidmat urut batin atau seks serendah RM50 sahaja.
Apa dosa penduduk di Shah Alam sehingga menerima bala sedemikian rupa? Atau mungkin kesilapan dulu kerana mengundi Khalid Samad?
Penulis ingin ingatkan kepada warga Shah Alam jangan sesekali mengulangi kesilapan dahulu. Jadikan pengajaran dan teladan agar kita membuat keputusan yang tepat pada PRU-13.
Ingat 'rumah urut', teringat Khalid Samad!