1M4U merupakan platfom bagi mengetengahkan inovasi dan kreativiti mereka menerusi perancangan dan penglibatan dalam program atau aktiviti yang boleh menguntungkan negara dan diri mereka sendiri.
Pendek cerita, bukan kerja sia-sia yang menjadi amalan penyokong pakatan haram yang tak habis-habis menyusahkan orang ramai dan buat huru-hara sahaja!
1M4U adalah gabungan semua badan sukarelawan di negera ini bagi menggalakkan dan merangsang minat golongan belia dalam pelbagai aktiviti sukarelawan.
Perasmian akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Esplanade, KLCC sebentar lagi pada pukul 5.40 petang.
Sebelum acara kemuncak, PM akan menunaikan solat Asar bersama sukarelawan di Masjid As-syakirin, KLCC.
mimr