WAJIB BACA! HUKUM MEMERANGI PEMERINTAH ISLAM - DR MAZA

Wednesday, 20 June 20122comments

Adakah benar khabar angin mengatakan bahawa Dr. Maza akan bertanding atas tiket UMNO menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh?
Penulis tertarik dengan respon jawapan oleh Dr. Maza dalam portal beliau berkenaan dengan soalan yang dikemukan oleh salah seorang pembaca berkenaan tentang hukum memerangi pemerintah Islam.

Jawapan serta hujah Dr. Maza pasti akan membuatkan penyokong pakatan haram yang berniat untuk menjatuhkan kerajaan secara keganasan tidak duduk diam. Namun penulis yakin, penyokong pakatan haram hanya percaya dan dengar kata ulama Pas sahaja.

Selamat membaca!


SUMBER MINDA TAJDID:

Saudara, banyak isu keganasan yang cuba dikaitkan dengan umat Islam atau tokoh-tokoh Islam adalah mainan jahat pihak-pihak tertentu. Mereka ini samada mempunyai agenda politik tertentu, ataupun berkerja bagi pihak musuh umat Islam bagi mencemarkan imej Islam. 



Sebahagian pihak menggunakan isu ini untuk tujuan politik seperti menghapuskan gerakan Islam yang dilihat mengancam kedudukan politik mereka. Namun begitu, tidak dinafikan kemungkinan ada sesetengah kelompok yang telah salah tindakan dalam hal ini sehingga mencetuskan keganasan. 


Berhubung dengan pendekatan keras terhadap pemerintah yang zalim dan menyeleweng, maka ini fahami perkara berikut;

1. Perkara asas dalam hal ini boleh difahami daripada ingatan Nabi s.a.w.:

“Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yang berdosa) sesiapa yang redha dan menuruti (perbuatan munkar)”. Sahabah bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka bersolat”(Riwayat Muslim).


2. Daripada hadis di atas dapat kita fahami bahawa bertegas dalam membenci dan membantah kemungkaran dan kezaliman pemerintah itu adalah tuntutan agama. Namun, Nabi s.a.w tidak membenarkan rakyat memerangi pemerintah muslim dengan senjata selagi mereka itu bersolat. Solat menjadi petunjuk bahawa pemerintah tersebut masih berpegang dengan ajaran Islam dalam kehidupan. Keluar memerangi pemerintah dengan senjata hanya akan menimbulkan kerosakan yang lebih besar.

3. Juga, perhitungan tindakan dalam Islam adalah di sudut kadar manfaat dan mudarat. Menumpaskan pemerintah zalim dengan senjata biasanya mengundang mudarat yang jauh lebih bahaya dibandingkan manfaat yang hendak dicapai. Sebab itu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) menyebut:

“kata ulama: alasan seseorang pemerintah tidak dipecat, atau pengharaman memeranginya kerana menyebab fitnah, penumpahan darah dan kerosakan yang nyata” (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim 12/40)


4. Juga, kebencian atau bantahan terhadap kemungkaran pemerintah tidak membolehkan rakyat menderhakai mereka dalam perkara yang baik atau makruf. Ini seperti yang ditegaskan oleh hadis. Sabda Nabi:

“Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka, mereka mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu benci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat mereka, mereka juga melaknati kamu”. Baginda ditanya: “Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?” Jawab baginda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang seseorang penguasa berkuasa ke atasnya, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci maksiat tersebut namun jangan dia mencabut tangan dari ketaatan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

5. Ini kerana setiap pemerintah mungkin akan ada kesilapan atau dosa yang dilakukan. Jika setiap kali pemerintah bersalah atau melakukan dosa diperangi dengan senjata, maka hancurlah keamanan masyarakat dan negara. Maka justeru itu, kita menentang kemungkaran pemerintah, tetapi tidak akan memeranginya dengan senjata.

6. Ini kerana antara tujuan berpolitik dalam Islam adalah menegakkan keadilan, keamanan dan hak rakyat. Peperangan saudara dalam negara hanya akan menghancurkan perkara-perkara tersebut.

7. Arahan pemerintah yang zalim atau mungkar dalam perkara-perkara kebaikan tetap wajib ditaati. Kata al-Khattabi (meninggal 388H):

“Sesungguhnya jihad itu wajib sekalipun bersama dengan pemerintah yang zalim, sepertimana ia wajib bersama pemerintah yang adil. Kezaliman mereka tidak menggugurkan kewajipan mentaati mereka dalam persoalan jihad. Demikian juga dalam perkara kebaikan yang lain yang menyamainya” (al-Khattabi, Ma‘alim al-Sunan, 2/ 357.)
Pendapat ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w :

“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


8. Sekalipun kita dilarang memerang pemerintah dengan senjata, tetapi kita tetap disuruh untuk menasihati mereka dan mencegah kemunkaran mereka dengan perkataan atau perbuatan yang tidak menyebabkan pertumpahan darah seperti undi dalam pilihanraya. RasuluLah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Allah meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali Allah kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang Allah jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (Riwayat Malik).

Juga sabda Nabi s.a.w:

“Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang adil –dalam riwayat yang lain: yang benar- di sisi pemerintah yang zalim, atau ketua yang zalim”. (Riwayat al-Nasai, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).


9. Nabi s.a.w juga memberi amaran kepada sesiapa yang mengampu atau mengiyakan kezaliman pemerintah dengan sabda baginda:

“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga). Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi. Hadith ini sahih seperti yang dinilai oleh al-Albani.


10. Pengkaji politik Islam tidak boleh terlalu literalist. Politik bukanlah ibadah khususiah seperti solat dan puasa yang tidak boleh diubah tambah. Politik soal pentadbiran dan kaedah untuk menegakkan keadilan dan keamanan dalam kehidupan rakyat berdasarkan prinsip-prinsip umum Islam. Kaedah membantah atau menukar pemerintahan berbeza-beza berdasarkan sistem yang dipakai. Para ulama dahulu mengharamkan menumbangkan sesuatu pemerintah atas alasan bimbangkan penumpahan darah.

Namun, dalam dunia hari ini sesebuah pemerintah mungkin boleh diubah atau ditukar, atau ditumbang tanpa memerlukan penumpahan darah seperti dalam sistem demokrasi pilihanraya. Maka dengan itu penyertaan parti-parti politik dalam demokrasi pilihanraya tidak boleh dianggap sebagai melanggar kaedah Islam atau sebagai keganasan kerana sistem tersebut tidak sepatutnya menumpahkan darah.
Share this article :

+ comments + 2 comments

21 June 2012 at 09:11

Salam,

1. Kerajaan Islam yg menjalankan undang-undang Islam tidak boleh dijatuhkan dgn apa carapun.

2. kerajaan demokrasi Malaysia adalah kafir yg diperintahkan utk dihapuskan melalui Jihad, Perang dan Revolusi.

3. Tak boleh dijatuhkan kerajaan demokrasi melalui pilihanraya kerana itu adalah cara kafir yg membatalkan syahadah para pengamalnya.

4. PERLEMBAGAAN MALAYSIA ADALAH KAFIR KERANA:

1. Artikel 43 Perlembagaan Malaysia member hak dan kuasa kpd kerajaan Malaysia utk menjalan dan menguatkuasakan undang-undang Manusia ke atas manusia, padahal Allah memerintahkan supaya kita menjalan dan menguat kuasakan undang-undang Allah ke atas manusia (5:48,49,50);

2. Arikel 44 Perlembagaan Malaysia menyerahkan kuasa kpd Parlimen utk membuat undang-undang Manusia, padahal Allah sahaja yg berhak utk membuat undang-undang utk manusia (12:40);

3. Artikel 161 Perlembagaan Malaysia member kuasa kpd mahkamah utk menghukum manusia dengan undang-undang Manusia, padahal hak utk menhukum manusia hanyalah undang-undang Allah (5:44, 4:60);

4. Artikel 4 Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi yang mengatasi al-Quran dan Hadis, padahal undang-undang Allah adalah yang paling tinggi (9:33);

5. Mengikut interpretasi Mahkamah Agung mengenai kedudukan agama Islam di dalam Perlembagaan Negara ( fasal 3 (1) Perlembaaan Negara), ianya tidak bermaksud bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ( Che Omar bin Che Soh versus Public Prosecutor dan Wan Jalil bin Wan Abdul Rahman & anor versus Public Prosecutor, 1988, 2 mlj 55). Sempena penghakiman terhadap rayuan kes tersebut, Mahkamah Agung memutuskan bahawa agama Islam mengikut fasal 3(1) hanyalah terhad kepada hal-hal adat istiadat dan peribadatan ritual sahaja, bukan agama rasmi negara, dan ia (Mahkamah Agung) juga mengisytiharkan dalam keputusannya itu bahawa MALAYSIA BUKANLAH SEBUAH NEGARA ISLAM, tetapi sebuah negara sekular yang mengamalkan undang-undang British.

Sekian, Terima Kasih.
Wan Solehah al-Halbani.
Lubok Terua, Temerloh, PAHANG.

25 June 2012 at 12:02

786 Salaam
1) k. sekarang nak tanya. yang 4 mazhab buat undang2 siapa suruh? apasal lain2?
2) atikel 4 kata supreme law of Federation any law passed after MERDEKA DAY that is inconsistent is void. Hukum Allah SEBELUM MERDEKA DAY ... tak di VOIDKAN pun ... atikel 3 Malaysia Negara Islam, Raja2 Melayu Ketua Islam (DYTM Raja Nazrin Shah, TV Al-Hijrah, 6 petang 15/10/2011) ... hal-ehwal ugama = tunggak pertama STATE LIST ... MAHKAMAH AGUNG TAKDE HAK KE ATAS HAL2 SYARIAH ... seksyen 4(1)(a) dan (e)(ii) JADUAL 9 ... chrome.exe TCP:Outbound (stream) 203.106.85.240:443 00:02:39 22.7 KB/797 bytes chrome.exe TCP:Outbound (stream) 203.106.50.27:443 00:00:08 2.5 KB/965 bytes chrome.exe TCP:Outbound (stream) 117.18.237.86:443 00:01:43 13.5 KB/939 bytes chrome.exe TCP:Outbound (stream) 58.26.1.24:80 00:02:16 35.8 KB/453 bytes http://www.lawnet.sabah.gov.my/Chambers/NinthSchedule.pdf
3) hah ... sokong lagi pembangkang ... porak peranda negara dibuatnya ... chrome.exe TCP:Outbound (stream) 58.26.238.213:80 00:00:18 43 KB/650 bytes chrome.exe TCP:Outbound (stream) 202.190.126.83:80 00:00:42 48.1 KB/411 bytes
chrome.exe TCP:Outbound (stream) 203.106.50.27:443 00:03:48 2.5 KB/965 bytes http://novandri.blogspot.com/2012/06/panas-lim-chee-wee-presiden-bar-council.html
4) lapuran berat sebelah ... yang NI dia tak cerita!!! http://www.youtube.com/watch?v=UXmKkQU4Xyg
5) nak BAGI sangat kat Singapura ... http://www.anwaraidc.com/?p=25375 chrome.exe TCP:Outbound (stream) 58.27.22.33:443 00:03:05 10.7 KB/919 bytes
chrome.exe TCP:Outbound (stream) 58.26.1.74:80 00:00:23 747 bytes/1.6 KB chrome.exe TCP:Outbound (stream) 58.26.1.65:443 00:03:12 1.4 KB/1.1 KB chrome.exe TCP:Outbound (stream) 203.106.50.27:443 00:08:09 24.8 KB/3.9 KB
6) MELAYU=ISLAM (ATIKEL 160(1) PERLEMBAGAAN). NAK APA LAGI? yang dah kendong tercicir ... ttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/HapuskanKetuananMelayu_WanAzizah/Article chrome.exe TCP:Outbound (stream) 58.26.1.9:80 00:00:45 961 bytes/954 bytes chrome.exe TCP:Outbound (stream) 58.26.1.74:80 00:02:25 747 bytes/1.6 KB chrome.exe TCP:Outbound (stream) 58.26.1.65:443 00:05:05 1.4 KB/1.1 KB chrome.exe TCP:Outbound (stream) 203.106.85.170:80 00:01:18 19.2 KB/956 bytes chrome.exe TCP:Outbound (stream) 203.106.50.33:80 00:01:30 69.6 KB/4.6 KB chrome.exe TCP:Outbound (stream) 203.106.50.27:443 00:10:18 24.8 KB/3.9 KB
7) tu cerita seksyen 121-121D Kanun Keseksaan ... bab mempertikaikan undang2 ... KANTOI seksyen 3(1) Akta Hasutan 1948 ... spesifik ... 3(1)(c) tapi yang lain2 pun BERKAIT ... chrome.exe TCP:Outbound (stream) 58.26.1.9:80 00:04:52 961 bytes/954 bytes chrome.exe TCP:Outbound (stream) 203.106.50.27:443 00:13:50 26.6 KB/4.4 KB

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger