USTAZ AZHAR IDRUS KENA TAMPAR?

Tuesday, 12 June 20120 comments


Kekecohan tentang isu k-pop yang kononnya menghidangkan tarian berahi telah dijadikan bahan manipulasi oleh pakatan haram untuk memburukkan kerajaan. 

Terus terang, penulis memang tidak bersetuju dengan usaha pihak penganjur membawa penyanyi k-pop pada Hari Belia Negara yang lepas. Ternyata persembahan k-pop itu jauh sekali dengan nilai budaya orang Melayu dan akhlak Islami.

Tidak mengapa, kita tinggalkan cerita itu. Apa yang penulis ingin ulas ialah tentang ucapan Ustaz Azhar Idrus (UAI) pada Himpunan Hijau Pas baru-baru ini.

Dalam ucapannya, UAI mengambil kesempatan terhadap isu k-pop itu untuk menghentam kerajaan dengan maha dasyatnya.

Penulis berpendapat, sebagai manusia yang membawa imej 'orang agama', dia sepatutnya memberi nasihat dengan penuh hikmah sesuai dengan panjang janggutnya itu.

Ini tidak, UAI dilihat seronok mencemuh dan mengutuk dalam ceramahnya sambil dirai oleh penyokong PAS dengan penuh kesombongan. Akhlak mereka tiada langsung ciri-ciri Islami.  

Bak kata pepatah lama, 'Mengata orang, dia yang lebih'.  Di kala pakatan haram yang sedang seronok bermain isu k-pop menuju klimaksnya, tiba-tiba muncul 'penari separuh bogel' yang lebih 'hot' dan seksi berbanding penyanyi k-pop menari dengan penuh berahi dalam majlis pakatan haram 'Bertam Nite'.

Penulis geleng kepala melihat gelagat pakatan haram ini. Semoga video paparan nanti memberi kesedaran kepada kita semua.



mimr

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger