TANDA-TANDA PAS HARUS DISELAMATKAN!

Friday 15 June 20121comments

Kenyataan yang memakan diri sendiri. Ramai kalangan ilmuan agama tidak bersetuju dengan kenyataan Tuan Ibrahim. Najib tidak sebodoh disangka hingga perlu buat pilihanraya ketika musim haji. 

Penulis hairan dengan hujah Timbalan Pesuruhjaya Pas III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah yang menyatakan ibadah haji boleh ditangguhkan dan tidak mempunyai tempoh masa untuk ditunaikan seperti solat.


Sebenarnya, tidak salah kalau hendak ditangguhkan Rukun Islam kelima itu kalau kita menghadapi masalah keuzuran dari segi kesihatan atau sesuatu yang mengancam keselamatan.


Tetapi yang menjadi persoalan kita, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat seruan berkenaan semata-mata untuk menghadapi pilihanraya.


Penulis fahamlah sebagai pemimpin Pas, Mohd. Amar terpaksa menyokong Tuan Ibrahim tetapi sebagai seorang yang menggelarkan dirinya ulama, beliau sepatutnya berhujah berdasarkan kebenaran dan bukannya memikirkan politik semata-mata.


Inilah masalah Pas, kalau melibatkan pemimpin mereka semuanya dianggap betul dan perlu dipertahankan.


Namun dalam isu penangguhan haji ini, apa pun hujah Pas ia tidak boleh diterima kerana menunaikan haji adalah wajib dan ia tidak boleh ditinggalkan semata-mata kerana memburu kuasa politik.


Alhamdulillah. Hari ini, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid tampil membuat kenyataan dalam akhbar Sinar Harian bahawa haram membatalkan haji kepada mereka yang kali pertama.


Penulis harap lebih ramai ulama akan tampil menegur sikap Pas ini, walaupun kita tahu penyokong Pas hanya mahu menerima pandangan ulama mereka sahaja.


Itulah perangai orang Pas!


mimr
Share this article :

+ comments + 1 comments

15 June 2012 at 10:26

Ibadah haji pun nak dipolitikkan oleh orang-orang PAS.

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger