Pages

Friday, 22 June 2012

SAMPAH KEMBALI HANTUI PENDUDUK DI SHAH ALAM!

Sampah sarap yang menjijikkan sudah tiga hari tidak dikutip. Lokasi kejadian di Blok  22, Pangsapuri Seksyen 7, Shah Alam.

SHAH ALAM 22 Jun - Penulis sedih melihat nasib penduduk di Shah Alam yang terabai kebajikan mereka sejak negeri Selangor diperintah oleh pakatan haram.

Mana tidaknya, mereka yang kononnya memperjuangkan kebajikan rakyat sebenarnya hanya juara 'mulut longkang'. Sifat pakatan haram ini memang tidak pernah menepati janji. Pembohong rakyat!

Terbaru, penulis telah diminta untuk bertemu penduduk di Pangsapuri Seksyen 7 bagi mendengar keluhan mereka sendiri berkenaan masalah pungutan sampah yang tidak pernah selesai.

Mereka sudah tidak tahan mengharungi kehidupan seharian dengan menghidu bau busuk yang maha dasyat!

Menurut mereka, dalam sebulan pasti akan berlaku longgokan sampah yang menggunung sebab tidak dikutip oleh kontraktor. 

"Persekitaran ini tidak sihat untuk kami membesarkan anak kami. Adakah sebab kami duduk di pangsapuri, kami dianak tirikan berbanding mereka yang duduk di banglo dan rumah teres? MB pun duduk di Seksyen 7 ini.

"Aduan demi aduan telah kami buat kepada MBSA dan ahli majlis. Nampaknya mereka tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini. Kalau mereka bertindak, sudah pasti masalah selesai," keluh seorang pengadu kepada penulis.

Itulah akibat kerana beri undi pada Khalid Samad. Kata penulis kepada mereka sambil berseloroh.

Hakikatnya, kebencian penduduk di Shah Alam terhadap pakatan haram tidak dapat disorok lagi. Setiap hari ada sahaja masalah dan rungutan oleh penduduk di Shah Alam yang penulis dengar.

Penderitaan mereka sepanjang negeri Selangor diperintah oleh pakatan haram wajar dijadikan pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Kalau negeri pun sudah tidak ada wibawa mentadbir. Inikan pula bercita-cita untuk memerintah bumi bertuah Malaysia.

Itulah pakatan haram yang sentiasa menyusahkan rakyat!

mimr

 





1 comment:

  1. Salam Sahabat..

    Blog SHAH ALAM REBELS kini dalam senarai blog pilihan Gelombang Rakyat

    http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

    ReplyDelete

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini