Pages

Saturday, 23 June 2012

RAFIZI SERIK MEMFITNAH, KINI TUMPU UNTUK BERTAUBAT!

Rafizi lembu yang terkenal dengan senyuman kambingnya baru sedar kerja memfitnah itu berdosa.
Kecoh minggu ini tentang pergolakan yang berlaku dalam kerajaan Selangor pimpinan pakatan haram. Perebutan kuasa antara mereka tidak dapat disorokkan lagi.

Itu baru sepenggal memerintah negeri Selangor !

Kini dikatakan wujud pula dua kumpulan dalam PKR Selangor yang saling dengki-mendengki ekoran tamakkan kuasa di kalangan mereka. Masing-masing mencari kesalahan untuk menjatuhkan karier politik masing-masing.

Itu lah gelagat pemimpin pakatan haram yang sedang bermimpi menawan Putrajaya.

Terbaru, pengumuman Rafizi lembu berkenaan perletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor sudah diduga.

Walaupun menafikan perletakan jawatan itu disebabkan krisis dalaman pakatan haram, umum tahu punca perletakan jawatan itu ada kaitan dengan Setiausaha Politik MB Selangar, Faekah Husin.

Menurut maklumat, Faekah telah menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menyokong permohonan anak saudaranya yang memiliki kepentingan dalam firma guaman Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates.

Zeenat Asyiqin binti Dato' Ahmad Zaki yang merupakan rakan kongsi firma guaman tersebut adalah anak kepada abang kandung Faekah, Dato' Ahmad Zaki bin Husin.

Dato' Ahmad Zaki Husin dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Selangor pada 3 Mei 2010.

Sebagai rekod, Dato' Ahmad Zaki bin Husin adalah bekas Ketua Pengarah BPR dari 24 Mac 1999 hingga 23 Mac 2001. Terkini beliau adalah Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pada Julai 2010, MB Selangor, Khalid Ibrahim telah mengeluarkan arahan melarang pihak berkepentingan dalam kerajaan negeri menggunakan sebarang kepala surat sokongan terhadap permohonan tender dan jawatan kerja.

Nampaknya arahan itu sebagai usaha cuba mengaburi fikiran dan persepsi rakyat yang kononnya kerajaan Selangor pimpinan pakatan haram ini telus dan berintegriti.

Mana tidaknya, Faekah sendiri sebagai SUP MB Selangor tidak telus telah menggunakan kepala surat untuk kepentingan sendiri. Kebodohan Faekah telah diambil peluang oleh Kumpulan Azmin Ali untuk menjatuhkan kedudukan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Penulis menilai gelagat pemimpin pakatan haram ini sebagai 'Monyet dapat bunga'. Belumpun memerintah negara sudah kacau bilau negeri Selangor dikerjakan mereka.

Yang menggelikan hati penulis, apabila mendengar alasan Rafizi lembu kononnya perletakan jawatannya adalah untuk memberi tumpuan kepada ibadah sempena Ramadhan menjelang.

Namun rakyat semakin sedar siapakah pemimpin pakatan haram. Walaupun mereka berjaya mengaburi sesetengah rakyat tentang kerja jahat mereka. 'Bangkai gajah tidak dapat disorok lagi'.

Tuhan semakin membatilkan kejahatan mereka ini. Mereka hanya manusia yang tamakkan kuasa.

Orang jahat selalu tuduh orang lain jahat. Itulah pemimpin pakatan haram!

mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini