Pages

Friday, 22 June 2012

TANDA-TANDA KIAMAT DI SELANGOR? MASJID DILACURKAN OLEH PAKATAN HARAM!



Kariah Masjid Al Husna Bandar Sunway mempertikaikan tindakan dan ketelusan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang telah menukar senarai lantikan pengurusan AJK Baru masjid tersebut seperti yang telah dipersetujui melalui undian.

Menurut sumber, kariah Masjid Al Husna telah pun mengadakan pemilihan AJK Baru pada 22 April 2012 melalui undian dan senarai mereka yang terpilih telah pun diajukan kepada MAIS pada pertengahan Mei 2012. 

Menurut sumber lagi, penduduk dan kariah bagaimanapun terkejut dengan senarai perlantikan baru yang dikeluarkan MAIS, berkuatkuasa mulai 1 Jun 2012, tidak mengikut senarai yang telah dipersetujui dan dipilih melalui sistem undi seperti mengikut kelaziman.

Menurut salah seorang ahli kariah Masjid Al Husna berkata beliau dan penduduk setempat amat terkejut dengan senarai yang telah dikeluarkan dan mula mempertikaikan kewibawaan dan ketelusan MAIS. 

Menurut beliau juga, senarai baru yang dikeluarkan oleh MAIS bertarikh 14 Jun 2012 mendapati separuh (7 dari 14 senarai nama yang telah dipersetujui) dari AJK yang dilantik tidak mengikut pemilihan yang dilakukan secara adil pada 22 April 2012.

Ahli kariah Masjid Al Husna ini hairan bagaimana MAIS boleh memilih semula nama-nama yang telah tersingkir dan kalah sewaktu pemilihan diadakan dan mereka yang sepatutnya layak mentadbir dan terpilih pula tersingkir. 

Justeru beliau turut memberitahu MAIS tidak pernah memberikan sebarang penjelasan secara bertulis mahupun secara penerangan melalui senarai perlantikan yang telah dikeluarkan. 

Menurut sumber, pemilihan asal yang dilakukan pada 22 April 2012 didakwa telah ditolak oleh Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berikutan itu, kariah yang dihuni hampir 2,000 orang telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Anak Kariah Masjid bagi membantah secara rasmi berkenaan perlantikan AJK baru itu.

Bantahan aman tersebut sedang berlangsung!

mimr

1 comment:

  1. Inilah demokrasi acuan PR. Jawatan Exco Agama itu sndri pun dilantik oleh diri sndri.
    Mmg dah kena dah, Parti Kencing Rakyat + Parti Adat Sukan + DAPig = vavi yg giler kuasa.

    ReplyDelete

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini