SALAH LAKU AHLI MAJLIS DAP AIBKAN PAKATAN HARAM!

Wednesday 27 June 20121comments




SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor semalam mendedahkan mengenai salah laku yang dikaitkan dengan seorang Ahli Majlis DAP, dalam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Timbalan Ketua Pemuda MCA negeri, Ching Eu Boon mendakwa, ahli majlis berkenaan telah campur tangan dalam pemberian kontrak kepada firma guaman untuk menguruskan kes melibatkan MBPJ.

Beliau berkata, ahli majlis itu didakwa memberikan kontrak kepada firma guaman dimiliki seorang Ahli Parlimen DAP dengan kos sebanyak RM55,000 pada 2010, sedangkan kontrak awal kes telah pun diberikan kepada pihak guaman lain dengan kos RM15,000 sahaja

“Sumber dalaman memberitahu, ahli majlis itu telah mempengerusikan mesyuarat pada Jun 2010 dan mencadangkan supaya firma Ahli Parlimen DAP diberikan kes membabitkan kutipan hutang MBPJ.

“Yang hadir mesyuarat itu hanya tiga orang saja, tetapi seorang daripada mereka mengakui terpaksa tinggalkan mesyuarat kerana ada urusan lain, manakala seorang lagi pula tidak tahu bahawa firma dicadangkan ahli majlis itu ada hubungan dengan DAP,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Hadir sama, koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.

Pada sidang media sama, Eu Boon turut menunjukkan laporan audit yang dibuat pihak audit dalaman MBPJ membuktikan salah laku tersebut.

Menurutnya, DAP sebenarnya tidaklah ‘bersih’ seperti yang disangka dan penglibatan pemimpin parti itu dalam beberapa salah laku menyebabkan ahli DAP mula hilang kepercayaan.



mimr
Share this article :

+ comments + 1 comments

28 June 2012 at 09:54

ciri-ciri orang yang tidak boleh dipercayai:
- mengata orang dia yang lebih...

DAP kononnya cakap BN salahguna kuasa dan kroni. Tapi bila DAP memerintah. DAP yg salahguna kuasa.

cakap tak serupa bikin!

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger