SHAH ALAM - Pakatan haram sentiasa tampil dengan idea-idea songsang yang mengelirukan rakyat semata-mata memenuhi tuntutan nafsu serakah politik mereka.
Semalam telah berlangsung satu program anjuran mahasiswa di Shah Alam bersama Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin bertempat di Khulafa Bistro, Seksyen 7 Shah Alam.
Seramai 250 orang mahasiswa dari sebuah IPTA di Shah Alam telah hadir mendengar sendiri pendapat dan perkongsian idea dalam membantu mahasiswa meningkatkan pencapaian ilmu serta menjawab tohmahan pembangkang tentang isu pendidikan percuma.
Walaupun tempat yang disediakan terhad iaitu sebanyak 150 tempat duduk. Mahasiswa yang tidak berkesempatan masuk ke dalam setia menanti di luar dengan mendengar ucapan melalui pembesar suara.
Program yang bermula 9.00 malam itu turut dihadiri Ketua Pemuda Shah Alam, Saudara Azhari Shaari bersama pemimpin-pemimpin pemuda yang lain.
Yang menarik, mahasiswa diberi peluang untuk bertanyakan soalan tentang pelbagai isu semasa dan peribadi YB Khairy sendiri.
Penjelasan YB Khairy tentang isu pendidikan telah menjawab segala fitnah dan idea bodoh pembangkang untuk memansuhkan PTPTN dan memberi pendidikan percuma.
Pada akhir program, semua mahasiswa berpuasa hati dengan penjelasan yang diberi oleh YB Khairy. Mahasiswa sedar akan realiti sebenar bahawa tindakan pakatan haram hanya untuk memancing undi, bukan membantu rakyat.
Jadi dakwaan pakatan haram bahawa mahasiswa tidak menyokong BN adalah meleset. Program semalam telah membuktikan segalanya.
Tahniah Mahasiswa!
mimr