RAFIZI DENGAN BONGKAK DAN TAKBUR KATA "SYAITAN TIDAK MAMPU MENGHASUTNYA"? PANAS!

Friday 29 June 20120 comments

Akibat terlalu sibuk merancang fitnah-fitnah jahat, Rafizi lembu tidak sempat memotong bulu hidung yang menakutkan itu.
SHAH ALAM - Rafizi lembu berkata, beliau langsung tidak bimbang dengan cabaran Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan yang dibuat semalam berhubung jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Rafizi lembu menghantar notis meletakkan jawatan itu minggu lalu dan keputusannya telah diterima oleh parti.

Rafizi turut berkata, sepanjang beliau berkhidmat sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor tidak pernah menyalahgunakan sumber kewangan untuk kepentingan parti.

"Saya tak rasa bimbang dengan cabaran Sohaimi itu.

"Saya yakin sepanjang saya berkhidmat tak ada salah guna wang rakyat yang diberikan untuk kerja-kerja parti," katanya ketika dihubungi pagi tadi.

Beliau berkata, jika kerajaan Umno ingin membuat perbandingan prestasi atau rekod semasa perkhidmatannya sebelum ini, rekod penjawat jawatan kerajaan yang dipegang Umno itu lebih teruk berbandingnya.

"Berbanding rekod saya dengan rekod Umno, rekod mereka lebih teruk dan mereka tidak perlu berkata begitu.

"Ahli Umno yang banyak memegang jawatan dalam penubuhan untuk parti hanya mahu mendapatkan wang tanpa ada apa-apa fungsi," katanya dengan penuh kemarahan.

Dalam satu kenyataan semalam, Sohaimi berkata, Rafizi perlu rasa berdosa kerana menggunakan wang rakyat tetapi gagal berbuat sesuatu untuk meningkatkan ekonomi negeri Selangor dan oleh itu, perlu minta maaf kepada rakyat atas kegagalannya.

Rafizi menerima cabaran Sohaimi, tetapi menegaskan Pengerusi GPRS perlu memastikan semua jawatan yang dipegang oleh pemimpin Umno dihapuskan dengan kadar segera.

"Jika Sohaimi pastikan semua jawatan dalam kerajaan yang gunakan wang rakyat untuk politik contoh seperti Jabatan Hal Ehwal Khas, yang pertubuhannya tidak mempunyai fungsi rasmi.

"Kalau itu berlaku, saya dengan gembira akan bayar balik wang gaji yang diupah saya dahulu," katanya lagi.

mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger