PANAS! SAM KETOT CEMBURU POPULARITI RAFIZI LEMBU! PKR DI AMBANG PERPECAHAN DAHSYAT!

Monday, 25 June 20120 comments

 VS 

Belum pun berkuasa memerintah tampuk pemerintahan negara, PKR pimpinan Anwar Ibrahim kecoh dengan perebutan kuasa antara pemimpim-pemimpin PKR sendiri.

Keyakikan pakatan haram menang besar pada PRU-13 akan datang telah mendorong pemimpin-pemimpin PKR bersaing sesama mereka melobi untuk dijadikan calon dalam PRU akan datang.

Apa sahaja yang boleh dijadikan modal, mereka pasti gunakan untuk jatuhkan pesaing-pesaing mereka.

Tuhan baru sedikit membuka pekong siapa mereka ini yang kononnya pejuang rakyat? Ternyata mereka sebenarnya berjuang untuk poket sendiri yang cemburu melihat kemewahan orang lain.

Rakyat wajib sedar siapa mereka dalam pakatan haram ini!

Bermula dengan pemilihan parti yang kecoh dengan kejadian pengundi hantu, baling kerusi, pergaduhan dan lain-lain membuktikan betapa jijiknya perjuangan pakatan haram ini.

Mereka berkokok sana-sani mendakwa BN guna pengundi hantu dalam pilihanraya, namun sehingga kita tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Paling kelakar, mereka pula yang gunakan pengundi hantu untuk menang pada pemilihan parti yang lepas.

Ramai yang kecewa dan keluar parti seperti Datuk Zaid Ibrahim yang menuduh Azmin Ali guna pengundi hantu untuk menang jawatan Timbalan Presiden parti.

Terbaru, menurut sumber pergolakan mula merebak dan menjangkiti sebuah sayap PKR iaitu Angkatan Muda Keadilan (AMK).

'Orang kuat' Ketua AMK, Samsul Iskandar dikatakan telah menyusun strategi untuk menghalang orang-orang Rafizi daripada menguasai pimpinan AMK pada pemilihan parti akan datang.

Populariti Rafizi telah merisaukan 'team' Samsul Iskandar. Peluang ini telah digunakan 'team' Rafizi untuk mengintai jawatan-jawatan dalam pemilihan parti akan datang.

Samsul Iskandar yang merupakan orang lama dalam AMK telah mula menggerakkan orangnya ke setiap Cabang untuk membentuk pasukan yang kuat.

Tindakan Rafizi yang membongkarkan kes NFC dan berdebat dengan KJ telah meningkatkan popularitinya di kalangan ahli-ahli baru PKR dan mahasiswa yang menyokong PKR. Itu yang membimbangkan 'team' Samsul.

Cakap-cakap tentang kredibilitinya yang tercalar ekoran Debat Rafizi vs KJ tempoh hari yang sepatutnya Ketua Pemuda vs Ketua AMK telah menjatuhkan reputasinya.

Orang muda dalam PKR mula melihat Rafizi sesuai untuk dijadikan ikon dan lebih layak memimpin AMK.

Itulah gelagat mereka yang gilakan kuasa. Hidup sentiasa berburuk sangka antara satu sama lain. Yang menonjol akan dijadikan pesaing. Lebih malang mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk jatuhkan pesaing masing-masing.

Kita tunggu dan lihat apa kesudahan mereka ini.


  mimr



Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger