PANAS! NIK AZIS PENING KEPALA, ULAMA MULA TINGGALKAN PAS

Sunday 3 June 201211comments

Ulama di dalam Pas terus terpinggir

Petang tadi penulis berkesempatan minum petang di Jerantut dengan seorang bekas ulama dalam PAS yang kini sudah uzur dan tidak aktif politik.

Namun beliau sekarang tidak lagi menyokong perjuangan PAS. Menurut beliau, PAS tidak seperti dulu yang teguh pendirian dalam memperjuangkan Islam.

Penulis tidak berminat untuk mendedahkan siapa ulama ini. Tapi penulis ingin mendedahkan gelombang perpecahan yang wujud di dalam PAS sekarang menurut cerita beliau.

Sejak parasit-parasit di dalam PAS mula menguasai jawatan-jawatan penting dalam PAS. PAS sudah hilang hala tuju. Ini bermula sejak kemenangan Mahfuz Omar sebagai ketua pemuda PAS .

Fenomena itu berterusan ketika Anwar dipecat dari UMNO. Ramai penyokong Anwar yang mengambil keputusan menyertai PAS seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Saari Sugib dan lain-lain. Tidak ketinggalan mereka yang bersama-sama dengan Anwar ketika di dalam ABIM.

Parasi-parasit di dalam Pas???
"Mereka ini pandai cakap, ramai orang setuju dengan pandangan mereka ketika mesyuarat. Sebab itu mereka dapat tempat dalam PAS", katanya.

"Selepas kematian Bekas Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor, gelombang perpecahan ini semakin kelihatan. PAS dan UMNO sama sahaja, tidak terlepas dari mereka yang rebutkan kuasa. Cuma UMNO dapat publisiti meluas kerana mereka pemerintah", katanya.

"Di dalam PAS sebenarnya penuh dengan pergolakan. Ada yang syiah, ada yang pro militan. Mungkin ketika itu musuhnya sama, UMNO. Jadi masing-masing sepakat boleh duduk sama", katanya.

Menurut beliau lagi, Ulama seperti Datuk Haron Din, Datuk Ismail Kamus dan Datuk Taib Azamuddin mula melahirkan kekecewaan mereka dengan sikap parasit di dalam PAS ini.

"Mereka mungkin menyokong pemerintah (UMNO) selepas ini kerana banyak yang tidak betul dalam PAS sekarang", katanya.

"Jika puak ni gagal sekali lagi dalam pemilihan PAS, tidak mustahil mereka akan cabut. Mereka ini memang impikan melihat kita orang Melayu bersatu", katanya.

Sebenarnya banyak persoalan yang penulis ingin lontarkan cuma masa mencemburui. Penulis akan dedahkan lagi cerita panas tentang gelombang perpecahan di dalam PAS.

mimr
Share this article :

+ comments + 11 comments

4 June 2012 at 08:24

Melayu dan Islam adalah sama,,samaada PAS dan UMNO adala serupa... Demi kebaikan umat melayu dan islam hendaklah disatukan semula ukannya peprpecahan.Biarkan mereka yang anti perpaduan melayu..Balik lah kepangkal jalan..belum terlambat.. Tiada kesudahannnya kita bermusuh.Alhamdulilah sekiranya ulama-ulama PAS ingin meninggalkan PAS dan sama-sama duduk sememja menyokong kerajaann demi perpaduan melayu dan islam.. Memang nyata perjuangag PAS jauh persimpangan setelah kematian Allahyarham Ustaz Fadhzil.. maka eloklah kembali mkepangkal jalan.

4 June 2012 at 21:12

perjuangan PAS sekarang bukanlah berasaskan kepada keikhlasan kerana Allah, tapi kerana kuasa yg telah lama terpendam di dalam jiwa. Kerana dendam kesumat mereka pejuangkan penyisihan walaupun sesama islam. Mereka hanya pentingkan parti dan bukannya ummah.Tapi sayang masih ramai yang mengikutkan hati dan perasaan, tp bukannya alquran dan hadis...
Apakah mereka ini tidak merasakan berdosa..di atas perjuangan yg mereka tebarkan..mengakibatkan perpecahan sesama islam...apakah mereka ini lancar hanya pada bacaan alquran dan hadis tapi tidak pada pengertian...tak takutkah mereka..apabila disatu saat mereka akan di tanya...apakah yang telah kamu lakukan untuk islam...

5 June 2012 at 10:16

perjuangan umno adalah sekular.. perjuangan sekular mufti arab saudi kata haram.. jd jgn sokong umno..

7 June 2012 at 00:47

nak tanye sikit...siapa atas dunia ini boleh menjaminkan seseorang umat Islam bahawa dia boleh memang akan masuk syurga??? sebab UMNO tidak pernah menjanjikan syurga kepada rakyat yang membuat keputusan untuk mengundi mereka...ingat mereka yang mengeluarkan kenyataan ini Tuhan??? sebab setahu saya hanya Allah S.W.T sahaja yang boleh menjaminkan syurga pada hambaNya bukan manusia biasa yang hanya nak kan kuasa untuk mentadbir negara ini sehinga mengeluarkan kenyataan yang salah dari segi syarak hanya untuk mendapatkan sokongan rakyat yang umat Islam yang masih tidak cukup ilmu mereka...

18 June 2012 at 11:42

Perjuangan UMNO lah yang membuat kan agama Islam dan daulah Islamiah di Malaysia ini diangkat dengan hebat sekali. Kalau dinegara Islam lain, hal kebajikan orang Islam tidak sehebat dan tersusun seperti di Malaysia. Dengan penguasaan kuasa politik orang melayu di Malaysia. Islam terpelihara dengan rapi di bumi bertuah malaysia ini.

Penyokong Pas patut malu kerana sejak dahulu hingga sekarang tidak ada apa yang boleh di banggakan di Kelantan. Suran dan Masjid kotor dan tidak diselenggarakan dengan baik. Kadar kemiskinan tertinggi, Kes dadah tertinggi, Penghidap HIV tertinggi.

Senang cerita semua jenis kemungkaran mereka gondol semua! Itu lah akibat kerana sibuk berpolitik sahaja. Akhirnya tiada sumbangan langsung! Itu la PAS!

30 July 2012 at 11:25

Adalah salah seseorang itu bersangka-sangka sesama manusia apalagi bersangka-sangka sesama Islam. Menggambarkan parti PAS tidak seperti dulu seolah menyangka ulama Pas sendiri terutama Tuan Guru Nik Aziz mata duitan dan gilakan kuasa. Apakah Tn Guru gilakan kuasa dan mata duitan?? Adakah beliau bermewah-mewahan?

Dalam berjuang perlukan strategi dan Rasulullah sendiri berstrategi dalam berjuang untuk Islam. Saya melihat parti PAS ada strateginya yang tidak akan dikongsi kepada semua termasuk musuh.

14 November 2012 at 09:43

Amrizal, tepat sekali Nik Aziz dijadikan contoh. Tp contoh pemimpin PAS yg riak, sombong dan 'bodo' takleh diajar.

Sblm ni aku sokong PAS, dan sokong perpaduan PAS-UMNO, sbb aku harp lebih ramai ulama PAS akan dpt kerusi di parlimen,DUN hasil kerjasama ni, skaligus mengukuhkan kuasa politik orang Islam dan Melayu. Lgpun UMNO ada ramai individu berpengalaman dan profesional yg ada link,kemahiran yg tkde dlm PAS. PAS pun ada kemhiran yg tkde dlm UMNO.

Tp skrg aku fikir 2-10 nak undi PAS. Bahkan mungkin aku akan undi BN dlm PRU-13 sbb tindakan PAS skrg jelas takkan beri keuntungan kepada orang Melayu dan Islam. Slagi parasit ada dlm PAS, nampaknya ahli PAS cuma bolh mimpi nk negara Islam.

4 January 2013 at 12:42

Kita mula hilang rase hormat apabila melihat nik Aziz memperkecilkan Rasulullah, apabila dia kelihatan seperti tidak puas hati apabila menyatakan cuma Allah shj yg berhak menentukan syurga atau neraka seseorang. (rujukan youtube)

Dgn itu slogan UNDI PAS MASUK SYURGA satu bentuk penipuan ke?

10 January 2013 at 14:31

PANTAI JOHOR!!!PAS tolak BN/UMNO kerana mengekalkan undang2 sekular dan mufti arab saudi kata haram dan jika mengamalkannya boleh jadi kafir dan wajib ditentang kemudian mati syahid..betul ke?..klu mcm tu boleh la aku nk perang dgn Indonesia-undang2 Belanda, Suria-undang2 mana ye, Mesir-undang2 mana ye?..boleh mati syahid ke?..lu ckp serupa org yg tk ada otak dan dungu mengadu domba tk tentu pasal!!!...lu punya anak sekolah mana?, beli rumah cash ke tk de riba?, simpan bank mana yg tk ada unsur2 riba?, dan shopping kat mana?..Tesco? Giant?..sapa punya?..tok sah la pakai PC ke, Ipad ke, Ltop ke..x malu ke tolong org kafir beli barangan kat diaorg?..habis nk aku sokong PAS yg mengamalkan undang2 Islam?..kat mana Islamnya?..hati tu kasi bersih dulu dan sentiasa bersyukur atas apa yg Allah s.w.t kurniakan kepada kita..lu x pernah bersyukur tu pasal asyik nk memberontak dan juga mungkin miskin sbb x dpt seperti org lain yg berjaya di atas usaha sendiri di bumi Malaysia yg aman ini..pii la cari kat mana dalam dunia ni yg mempunyai pelbagai kaum, etnik, fahaman yg aman macam negara Malaysia ni..pi la cari!!!...x bersyukur lagi?..tau pulak bila nak pegi haji dok harap Tabung Haji..pi la cari dan lihat bagaimana istimewanya mereka dilayan dan di jaga ketika mengerjakan haji dan telah terbukti byk tahun adalah terbaik!!!..lu cakap pakai lutut yg dh bernanah sbb byk hidup udara haram sbb tak tahu bersyukur!!!!

22 January 2013 at 18:37

Joe Johar, tabik pada jawapan anda. Mangkok ni sebenarnya tak faham apa tu sekular. Bila Allah ciptakan kita dan hidup di dunia kita tak boleh ketepikan keperluan masa hidup atas dunia. Dia tak tau agaknya bila nabi kata: bekerjalah kamu seolah nak hidup 1000 tahun dan beramal ibadatlah seperti nak mati esuk. Jadi kalau kerja seolah-olah nak hidup 1000 tahun tu tak hidup atas dunia ka? Memang PANTAI JOHOR bangang. Pasal ketepikan hal dunia dan hidup cara zuhud la umat Islam diperlekeh hari ni.

21 February 2013 at 03:37

Sekularisme adalah fahaman yg memisahkan agama dgn urusan dunia..islam menolak fahaman ini dan fahaman ini d cipta oleh yahudi dan nasrani..dlm sekularisme mereka masih beragama cuma mrk meletakkan agama itu d tempat2 ibadat shj..fahaman ini tlh d serap masuk ke malaysia sejak dr zaman penjajah..dlm islam agama dgn kehidupan harian tk dpt d pisahkan,ini menunjukkan sifat kesempurnaan yg ada dlm islam

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger