PANAS! KERAKUSAN KERAJAAN SELANGOR KOREK PASIR BUNUH RAKYAT?

Tuesday, 19 June 20120 comments

Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Linggi, berdekatan kawasan tempat korek pasir Taman Angsa Mas, Mambau. - Gambar sekadar hiasan.

SHAH ALAM - Struktur jejambat susur keluar Tol Bukit Jelutong dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) di sini didakwa terjejas berikutan kegiatan mengorek pasir secara haram di Sungai Damansara yang terletak betul-betul di bawah jejambat itu.

Kegiatan mencuri pasir itu didedahkan kepada media oleh satu jawatankuasa bertindak mewakili pengusaha pasir Melayu di Selangor, baru-baru ini.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Tengku Shaiffuliazan Zainal Abidin, mendakwa aktiviti itu mampu memberi kesan negatif kepada struktur jejambat terbabit, sekali gus membahayakan ribuan pengguna yang menggunakan laluan berkenaan pada setiap hari.

Beliau mendakwa, kegiatan berkenaan sudah dilakukan lebih sebulan lalu tanpa kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan mana-mana badan berkanun.

“Ia bukan saja dilakukan secara haram, malah menjejaskan kawasan sekitar. Sungai ini dulu bersih dan air mengalir laju namun ia kini semakin cetek dan keruh.

“Kita dapat lihat ada sedikit keretakan pada bahagian bawah salah satu tiang yang menyokong jejambat ini. Pihak bertanggungjawab perlu melakukan sesuatu sebelum perkara tidak diingini berlaku,” katanya ketika membuat tinjauan ke kawasan terbabit disertai wakil media, baru-baru ini.

Difahamkan, jejambat susur keluar itu disokong oleh kira-kira 30 tiang.

Tengku Shaiffuliazan berkata, kerajaan negeri Selangor harus bertanggungjawab dan untuk menyiasat pihak yang didakwa melakukan kegiatan curi pasir itu.

Ketika tinjauan, aktiviti mengorek pasir dihentikan kerana pihak terbabit dipercayai menghidu kehadiran media, namun ada tiga longgokan pasir yang setiap satunya setinggi kira-kira lima meter selain terdapat satu mesin pengorek pasir di tebing sungai di bawah jejambat terbabit. - MyMetro

mimr
Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger