PADAH LINTAS LEBUHRAYA!

Tuesday 26 June 20120 comments



SHAH ALAM - Tindakan berani seorang lelaki warga emas melintas di laluan sibuk di Kilometer 14.7, Lebuh raya Persekutuan berhampiran Batu Tiga, di sini, mengundang padah apabila maut selepas digesel sebuah kereta sebelum tercampak ke tengah jalan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa, A Hamid Amir, 67, mati di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan akibat digesel sebuah Volkswagon GTI di laluan menghala ke Kuala Lumpur.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah berkata, pemandu kereta terbabit tidak sempat mengelak berikutan jarak mangsa terlalu dekat sebelum digesel.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk dibedah siasat.


mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger