Inilah wajah-wajah pengkhianat yang bertukar wajah selepas dapat kuasa. Mereka ini wajib dibungkuskan pada PRU13! Rakyat Selangor jangan buat kesilapan lagi. Mereka agen setan! |
Bagaikan kera mendapat bunga, mereka memasuki ke tampuk pemerintahan itu dengan seronok dan riang-rianya. Orang Melayu yang mengundi pembangkang pada masa itu, tiba-tiba tersentak (tidak sangka) apabila mendapati barisan DAPlah yang rupa-rupanya menguasai kerajaan negeri itu. Menteri Besar hanyalah simbolik dan anjing suruhan sahaja.
Bagi menambat hati rakyat di awal pemerintahan, pelbagi janji dibuat. Yang dikotakan setakat ini tiada. Yang ada hanyalah eksesais perhubungan awam dan sedikit ole-ole air percuma beberapa timba.
Mereka ini akhirnya memasuki ke syarikat-syarikat kerajaan negeri. Orang lama zaman BN dilucutkan dan ada juga CEO yang sukarela berjalan keluar, posisi mereka diganti dengan orang baru.
Namun, kini ramai sudah mula bercakap mengenai kelayakan dan who's who (siapa) orang baru yang diambil itu? Mereka bertanya, ada kaitan dengan kronisme ke? Nepotisme? Orang sudah mula bercakap.
PNSB,PKNS,YAYASAN SELANGOR (YS),KSSB,PERANGSANG,MBI dan lain-lain lagi anak syarikat kerajaan negeri Selangor dikatakan mengamalkan kronisme dalam tampuk pentadbiran organisasi syarikat.
Rata-rata kakitangan yang berkhidmat, sejak pemerintahan BN dulu, kini terpingan-pinga. Macam-macam hal yang berlaku. PKNS yang ditubuhkan sebagai pemegang amanah terbesar orang Melayu kini dikatakan sudah lintang-pukang.
Orang dalam yang terpanggil membetulkan keadaan mendedahkan kepada penulis panjang lebar. Wang dikatakan dibelanjakan secara meragukan. Perbelanjaan yang tidak perlu digunakan, kononnya, untuk menukar imej perbadanan itu.
'Menuduh orang tapi dia yang lebih'. Kerajaan pakatan haram gagal mengawal perbelanjaan yang melampau dalam anak syarikat kerajaan negeri Selangor. |
Pakar-pakar perunding luar diambil dan dikatakan dibayar ratusan ribu hingga mencecah jutaan ringgit. Kakitangan dalaman pula bagaikan duduk atas bara api.
Mereka kini mengimbau kembali khidmat baik yang dibuat oleh para pengurusan PKNS terdahulu. Walaupun ada sedikit cacat-cela sana sini. Kini mereka sedar, sekarang lebih teruk!
Orang-orang ini sudah mula bersuara. Mereka merayu supaya diselamatkan institusi orang Melayu ini. Penulis baru baru ini berkesempatan bertemu beberapa kakitangan syarikat ini mendengar rintihan mereka.
PKNS diasaskan oleh Menteri Besar berwawasan ketika itu, Datuk Harun Idris pada 1964 bertujuan untuk mengimbangi geo-politik orang Melayu dan bukan Melayu di kawasan bandar melalui pembinaan rumah-rumah 'mampu-milik'.
Bandar-bandar baru dibuka, antaranya Shah Alam, Bangi, Keramat, Kota Damansara hinggalah ke kawasan Hulu Selangor. Bandar-bandar itu kemudiannya menjadi ikon kebanggaan orang Melayu.
Sejak diperintah pakatan haram,PKNS banyak membuat projek-projek JV atau usahasama yang dilihat boleh memecahkan jaringan geo-politik tersebut.
Rumah pangsa di Keramat dirobohkan untuk diberi ruang kepada kondominium mewah Datun Jelatek. Persoalannya berapa ramaikah orang Melayu yang mampu membelinya? Dengar kata paling murahpun seunit kondo itu ialah sekita RM400,000?
Di Shah Alam pula, Kondominium mewah sama naik dengan rumah urut yang tumbuh bagai cendawan.
Yang paling kurang ajar, nak rampas padang rakyat di Kelana Jaya untuk membina kondo dan pusat beli belah mewah.
Namun pemimpin atasan perbadanan itu memberi alasan begini: "Kalau tak laku dan orang Melayu tak mampu, kita buka kuota kepada bukan bumi, bila dapat untung kita buat satu bandar baru orang Melayu di mana-mana pun.."
Itulah cakap orang Melayu yang bangang. Persoalannya di mana jiwa orang yang bercakap itu?
Moral ceritanya ialah, amanah itu mulai punah. Orang Melayu yang meneraju syarikat dah jadi bangang. Jika orang Melayu di Selangor melihat kerajaan BN dulu teruk, kini mereka melihat yang ada sekarang lebih teruk dan menjijikkan lagi.
Oleh itu, Selamatkanlah Selangor!
mimr