KISAH BENAR DI SEBALIK PERHIMPUNAN HIJAU PAS

Sunday, 3 June 20120 comments

Hujan lebat angkara katak hijau di perhimpunan hijau? Inilah sebahagian mangsa kerahan pemimpin zalim mereka yang hadir secara paksaan (bukan ajaran Islam) ke perhimpunan hijau.


Penganjuran program 'Himpunan Hijau ke Putrajaya' di Stadium Darulaman di Alor Setar, Kedah kelmarin, mengundang kelucuan buat penulis dan sesetengah rakyat yang masih tidak lupa apa yang dilaungkan oleh pakatan haram kira-kira sedekad lalu.

Ketika Putrajaya mula dibuka oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sekitar 1999, PAS telah menjaja dakyah-dakyah antaranya ia adalah mega projek oleh kerajaan yang membazir dan menghabiskan duit rakyat.

PAS telah memburuk-burukkan Putrajaya hingga ke tahap mahu ia dilelong sahaja. Kah kah kah!

Namun kini, lain pula ceritanya, 'ibarat cakap tak serupa bikin' dahulu mahu Putrajaya dilelong tetapi sekarang mereka pula yang 'terhegeh-hegeh' dan 'tergila-gilakan' Putrajaya.

Memang melucukan kerana amat jelas, apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka sejak dahulu (ada yang masih hidup) adalah ibarat meludah ke langit lalu terkena muka sendiri.

Inilah nasib PAS sejak dahulu ketika ditubuhkan di Bangunan UMNO Butterwoth hingga ke hari ini. Kesian!

Ini bukti! mereka tidak pernah konsisten dalam apa jua yang dilakukan sama ada dasar negara Islamnya, negara kebajikan, perjuangan hukum hudud dan sebagainya.

Penulis ingin bercerita tentang gelagat puak pakatan haram yang diketuai parti artis sedar (PAS) di Kedah.

Selepas pentadbiranya 'dipantau' oleh jawatankuasa pemandu PAS Pusat, pergolakan dalaman semakin menjadi-jadi.

Terbaru ada desakan dari pemimpin PAS negeri yang mahu agar orang muda diberi laluan memegang banyak jawatan exco jika PAS memenangi semula Kedah. Belum menang sudah berangan jauh.

Kelemahan pentadbiran pakatan haram di Kedah dibuktikan lagi dengan isu krisis kewangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) hingga menyebabkan para pelajar dan kakitangannya teraniaya.

Ketika PAS sedang mendabik dada dengan KUIN yang menawarkan kursus-kursus pengajian Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab dan Muamalat tetapi fakta sebenar ialah KUIN adalah projek yang dicipta oleh BN sebelum PAS mengambil alih pentadbiran kerajaan Kedah.

KUIN di bawah PAS menghadapi banyak masalah antaranya kenaikan mendadak yuran pengajian pelajar dari RM60 ke RM200 sejam kredit, kegagalan menjelaskan caruman KWSP, PERKESO, potongan zakat dan ansuran bank bagi perumahan dan kenderaan walaupun gaji pekerja dipotong setiap bulan untuk tujaan tersebut.

Paling kelakar, KUIN mengenakan caj RM25 seorang bagi membuat pemeriksaan ketika sesi kemasukan pelajar baru.

Bukan itu sahaja, KUIN menetapkan RM150 hingga RM250 seorang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di KUIN sahaja, sedangkan pelajar boleh berbuat demikian di Hospital Sultanah Bahiyah dengan kos RM20 dan klinik swasta sekitar RM70 seorang.

Itulah pakatan haram, cakap lain buat lain. Kononnya bercita-cita memberi pendidikan percuma, tapi perah duit pelajar demi menanggung ketidakupayaan mentadbir.

Jadi tidak hairanlah, Himpunan Hijau ke Putrajaya lebih kepada sandiwara kosong yang membosankan.

Ingat! Untuk memerintah, anda bukan sahaja perlu mandapat sokongan rakyat, tapi anda perlu mendapat keberkatan Allah swt. Kerana keberkatan itu akan melancarkan urusan anda.


mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger