BUKTI PAS GUNA AGAMA UNTUK KUASA

Wednesday 13 June 20120 comments



Kuala Lumpur 12 Jun - Tindakan PAS meminta ahli yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya agar menangguhkan ibadah haji membuktikan parti itu sebenarnya menggunakan agama untuk kuasa.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafei Apdal berkata, ia berbeza dengan UMNO yang menggunakan kuasa untuk kepentingan agama berbanding PAS yang menggunakan agama untuk kuasa.

"Ini jelas terbukti apabila ketika negara mencapai kemerdekaan, kita meletakkan Islam sebagai agama rasmi negera ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ini menunjukkan kita telah menggunakan kuasa untuk agama dan tidak sesekali mengaitkan agama untuk menang pilihan raya seperti yang dilakukan PAS sekarang," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kolej RISDA dengan Universiti Malaysia Kelantan di sini hari ini. - UTUSAN


mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger