KERAJAAN SELANGOR BIMBANG DENGAN KEBANGKITAN RAKYAT DI SHAH ALAM

Tuesday 29 May 20121comments


SHAH ALAM 29 Mei - Kerajaan pakatan haram di Selangor telah memulakan perang saraf dengan mengedarkan akhbar Selangorkini dari rumah ke rumah di sekitar Shah Alam malam tadi.

Agen-agen mereka didapati telah mengedarkan akhbar tersebut pada waktu malam di sekitar perumahan di Seksyen 16 yang merupakan kubu PAS sebelum ini. Namun sekarang telah bertukar menjadi kubu Barisan Nasional (BN).


Menurut seorang penduduk seksyen 16, Pakngah Din, "kami tidak akan termakan dengan dakyah temberang mereka. Saya lihat isi kandungan hanya fitnah dan retorik sahaja. Saya yakin penduduk Shah Alam sudah bijak menilai. Kami tidak akan membuat kesilapan lagi dalam PRU akan datang", katanya.

"Saya rasa mereka (pakatan haram) mula bimbang dengan mood penduduk di sini (Seksyen 16). Program-program anjuran PAS tidak mendapat sambutan seperti sebelum ini, sebab tu mereka kasi surat khabar. Saya yakin penduduk Seksyen 16 telah menyokong BN semula. Kami yakin dengan transformasi Dato Najib", katanya. 

Tindakan pakatan haram dilihat sebagai satu usaha terdesak memandangkan program ceramah mereka tentang isu semasa di Shah Alam tidak mendapat sambutan lagi.

Share this article :

+ comments + 1 comments

29 May 2012 at 16:49

Parti Kian Tumbang!

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger