Himpunan usahawan usahawan mikro, kecil dan sederhana, Jom Niaga, di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf bermula hari ini.
Seramai 30,000 pengunjung dan usahawan pelbagai bidang dijangka membanjiri himpunan dua hari itu yang menjadi platfom mempromosi, mendedahkan produk serta perkhidmatan kepada masyarakat secara lebih dekat.
Himpunan itu berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam dan dibuka percuma kepada orang ramai dan dimeriahkan dengan kewujudan 350 gerai.
Antara program menarik adalah 'Pocket Talk' yang diadakan sepanjang hari, membincangkan topik skim pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) patuh syariah, pembiayaan mikri dan motivasi perniagaan.
Perdana Menteri dijadualkan merasmikan himpunan jam 3 petang ini.