BANTAH...Ahli Umno Shah Alam mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut penutupan Tol Sungai Rasau semalam.
SHAH ALAM 11 Mei - UMNO Shah Alam Sekali lagi menggesa kerajaan Persekutuan memansuhkan satu daripada dua tol di Batu 3 dan Sungai Rasau, di sini, yang membebankan pengguna lebuh raya berkenaan setiap hari.
Demonstrasi aman diketuai oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Shah Alam, Zulkarnain Md Ruslan berkata, 200 ahli UMNO sekali lagi mengadakan demonstrasi aman di Plaza Tol Sungai Rasau bagi mewakili suara seluruh warga Shah Alam, Klang dan penduduk sekitarnya.
"Kami berharap tol di Sungai Rasau dan Batu 3 turut tersenarai dalam penilaian itu," katanya ketika ditemui dalam sidang media selepas melakukan demosntrasi aman di Plaza Tol Sungai Rasau, di sini, semalam.
Ketua Pemuda UMNO Shah Alam, Azahari Shaari serta exco-exco pemuda turut hadir memberi sokongan agar kutipan tol dimansuhkan.
Ketua Pemuda UMNO Shah Alam, Azahari Shaari serta exco-exco pemuda turut hadir memberi sokongan agar kutipan tol dimansuhkan.